Sabtu, 11 Jun 2016

Kelentong Nizar di Jerlun #PRKKualaKangsar

Malam tadi bekas menteri besar Perak Nizar Jamalaluddin telah berceramah di Jerlun Kuala Kangsar, Bukan main sedap mulut Nizar melambung tinggi mengangkat bakul kononnya parti Pan adalah sebuah parti yang membela rakyat, tidak perkauman

Isi ceramahnya adalah seperti berikut


  1. Parti Pan adalah parti gunung emas yang baik untuk rakyat
  2. Hantar mesej kepada Najib bahawa orang Kuala Kangsar mesti ubah kerajaan
  3. Umno parti perkauman 
  4. Umno hanya tahu Hidup Melayu Hidup Melayu
  5. PAN tidak perkauman, Kita akan jaga semua kaum, Cina, Melayu, Kadazan, dll
  6. PAN adalah pati yang adil kepada seluruh rakyat Malaysia
  7. Umno tak bagi kebebasan kepada rakyat
  8. GST menyusahkan rakyat
  9. Rakyat kata GST tak baik, hanya Umno sahaja kata GST baik.
  10. Dr Termizi seorang baik dan amanah, dia tahu kehendak orang Kuala Kangsar
  11. Najib dan Zahid banyak jahat. dia curi 3 wakil rakyat, sekarang kita mahu ajar sama dia
  12. 11 bulan jadi MB 1000 hektar tanah kepada 9 sekolah cina untuk buat ladang sawit
  13. 11 bulan jadi menteri besar kita bagi tanah kampung baru yang orang cina duduk kita luluskan geran hak milik .

Apa yang dapat dikatakan terhadap PAN dan Nizar ialah, Nizar juga seorang yang tak boleh dipercayai kerana suka kelentong rakyat. 

Adil kah pentadbiran 11 bulan beliau hanya meluluskan geran tanah kepada penduduk kampung baru yang terdiri satu kaum sahaja iaitu kaum cina dengan geran 999 tahun tetapi tidak pada kaum-kaum lain. Jadi cakap Nizar bahawa Umno perkauman dan tidak kepada pembangkang adalah dongeng sahaja. 

Begitu juga halnya nya mengenai 11 sekolah cina diberikan 1000 hektar tanah untuk perladangan tetapi tidak memberikan tanah kepada sekolah tamil, sekolah kebangsaan dan juga sekolah agama rakyat.  

Jadi dalam ucapannya malam tadi dengan sendirinya menjelaskan ketidak adilan telah dilakukan beliau semasa memerintah 11 bulan.

Seterusnya tuduhan Nizar menyatakan Umno hanya jaga Melayu dan tak jaga bangsa lain. Ini juga satu tuduhan dangkal yang cukup meleset.  Kita semua maklum Umno adalah parti yang ditubuhkan oleh orang Melayu,, manakala oran Cina menubuhkan MCA dan Orang India menubuhkan MIC. Jadi ketiga-tiga komponen ini telah berjaya menubuhkan PERIKATAN  yang kini dikenali sebagai BARISAN NASIONAL yang mempunyai 14 komponen parti. Paling banyak komponan ialah dari parti-parti kecil dan besar di Sabah dan Sarawak.

Sejak merdeka 1957 dan 1963 penubuhan Malaysia, Kemajuan Malaysia sudah jelas dapat dinikmati oleh rakyat.

Malah Nizar Jamaluddin pun dapat pergi belajar ke United Kingdoms pun berkat kemajuan pemerintahan kerajaan Barisan Nasional. 

Oh Nizar dan Termizi, sedarlah sikit, tanpa kerajaan yang adil kedua-dua anda tidak dapat hidup mewah seperti rakyat negara lain.

Cukup lah setakat ini, akhir kata, NIZAR SEMEMANG KUAT KELENTONG....

SEKIAN..