Khamis, 9 Jun 2016

Setelah 4 hari berkempen, PAN adalah sah proxy DAP


10 Pemerhatian Utama Sepanjang 3 Hari Kempen PRK P093 Sungai Besar:
1. Calon PAS tidak nampak berkempen secara agresif. Lebih mengutamakan ziarah dari rumah ke rumah dan walkabout.
2. Calon PAN menumpukan perhatian di kem DAP terutamanya di Sekinchan. Hampir setiap malam Azhar berada bersama komuniti Cina DAP. PAN seolah-olah mencuba untuk menyatakan kepada komuniti Cina DAP bahawa calon PAN adalah calon DAP. Jurucakap PAN terdiri daripada Pemimpin DAP sendiri.
3. BN menumpukan aktiviti kempen di waktu siang bersama pengundi Cina di Sekinchan. Waktu malam banyak bersama komuniti Melayu Islam di Sungai Panjang. Calon BN 'tag team' dengan pemimpin BN untuk setiap program. Di kawasan Sekinchan, Gerakan & MCA membantu menjadi pengantara antara calon BN dan komuniti Cina. Terdapat juga beberapa senario di mana calon BN sendiri yang menyantuni komuniti Cina.
4. Facebook, Twitter & Blog didominasi oleh BN. PAN banyak menggunakan platform portal pro-pembangkang seperti MalaysiaKini & Free Malaysia Today. PAS mendapat 'exposure' dengan Facebook dan portal Harakah.
5. BN memasarkan politik khidmat bakti dan memilih untuk tidak memburukkan pembangkang. Sebarang serangan terhadap pembangkang dilakukan oleh aktivis media sosial bebas pro-BN.
6. PAN/DAP banyak menyerang secara terbuka kepimpinan negara seperti GST, 1MDB dan derma 2.6B. Tidak berminat untuk berjanji akan melakukan sebarang perubahan. Kebanyakan program PAN bersama pengundi Melayu terpaksa dibatalkan kerana kehadiran sangat tidak memberansangkan. Program bersama komuniti Cina pula kehadiran dalam 40 ke 60 orang pengundi, yang lain adalah jentera parti ataupun penyokong luar kawasan.
7. BN ingin merebut undi Cina Sekinchan daripada PAN/DAP. Medan pertempuran kali ini adalah di Sekinchan dan BN memilih untuk berlawan 'head-on collision' dengan PAN. 
8. PAS memilih untuk tidak 'head-on collision' dengan PAN/DAP ataupun BN. Reaksi penyokong PAS di lapangan menyatakan mereka tidak suka/benci kepada PAN dan bukannya BN. PAN mendapat promosi negatif daripada PAS.
9. PAN dibayangi oleh DAP setiap masa. Pemimpin DAP seperti Lim Kit Siang dan Ng Sue Lim menjadi 'introducer' calon PAN kepada komuniti Cina DAP di Sekinchan. Strategi mereka adalah untuk memaksimumkan 'exposure' calon PAN kepada komuniti Cina Sekinchan. Sasaran PAN seolah-olah mahukan >80% undi Cina dan ingin memecahkan Melayu antara undi PAS atau BN.
10. BN memasarkan Calon, parti tidak begitu diketengahkan. PAS memasarkan parti, calon dan negativiti PAN. PAN memasarkan parti dan DAP. Pemimpin DAP sendiri memakai baju PAN.


#PRKSgBesar
#PRKSungaiBesar
#SungaiBesar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan