Sabtu, 31 Disember 2016

Gelagat Anak Dara Melayu Abad 21


MBI TIDAK PERNAH BERI KEBENARAN MEMANJAT SIGNBOARD 'IPOH'

Terdapat viral sekumpulan remaja yang melakukan aksi bahaya dengan memanjat signboard 'Ipoh'.

Sehubungan dengan itu, dimaklumkan MBI tidak pernah memberi kebenaran kepada mana-mana pihak memanjat signboard 'Ipoh' kerana ia amat membahayakan nyawa pihak yang memanjat dan keselamatan pengguna jalan raya iaitu Jalan Kuala Kangsar yang sangat sibuk. Struktur yang didirikan itu bukan didirikan untuk menampung beban tambahan seperti berat individu-individu tersebut dan sekiranya selepas ini berlaku sebarang insiden yg melibatkan perkataan 'IPOH' tersebut tumbang dan menimpa pengguna-pengguna jalanraya, pihak MBI ingin menegaskan bahawa ianya berkemungkinan besar berpunca daripada  pencerobohan yang dilakukan oleh individu-individu yang tidak bertanggungjawab ini.

MBI akan menjalankan siasatan terhadap sekumpulan remaja tersebut dan akan membuat laporan polis bagi membolehkan tindakan keras dikenakan terhadap individu-individu yang tidak bertanggungjawab ini serta akan mengambil tindakan di bawah Undang-Undang Kecil Vandalisme yang mana hukumannya adalah denda atau penjara atau kedua-duanya sekali.

MAJLIS BANDARAYA IPOH


Sent from Samsung tablet.

Khamis, 29 Disember 2016

Sudah Setahun Dana RM1.2 Bilion Dari Israel, Mana Jawapan DAP?


Jika membicarakan tentang dana politik, antara yang menarik untuk diperkatakan adalah bagaimana DAP hanya mendiamkan diri apabila disentuh mengenai sumbangan dana RM1.2 bilion dari Israel yang telah di dedahkan sendiri oleh bekas Pegawai Khas Lim Kit Siang, Mohamad Razali Abdul Rahman.

Setahun yang lepas, Dr Zuhdi buat pendedahan yang sama sekali lagi pada 29 Disember 2016 dalam satu artikel di Berita Harian.

Sejak pendedahan "berani mati" yang dibuat oleh Razali, hanya penafian sahaja yang mampu dibuat oleh DAP. Malah, ugutan DAP yang mahu menyaman Razali juga sehingga kini masih belum dibuat oleh parti berkenaan.

Sedar atau tidak, sudah setahun masa berlalu dan DAP masih lagi gagal memberikan jawapan tentang pendedahan yang dibuat oleh Razali ini.

DAP begitu sibuk berbicara tentang isu-isu lain sedangkan persoalan mengenai sumbangan dana RM1.2 bilion dari Israel ini, terbiar tanpa jawapan pun.

DAP lebih senang untuk membiarkan persoalan mengenai dana itu hanyut ditelan masa tanpa memberikan apa-apa jawapan tentang perkara itu.

Di sebalik segala persoalan mengenai dana berkenaan yang masih menimbulkan tandatanya, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng turut terpalit dengan skandal penyalahgunaan kuasa. Itupun DAP masih cuba untuk mengelak dari mengakui kesalahan mereka.

Jadi tidak hairanlah apabila DAP juga cuba menggunakan helah yang sama jika berbicara tentang sumbangan dana dari Israel ini. Mungkin bagi DAP, ia adalah rahsia parti yang tidak harus dihebahkan kepada umum.

Namun, jika melihat kepada slogan DAP sendiri yang sentiasa mengamalkan ketelusan dalam segenap perkara, kredibiliti DAP dalam isu ini boleh dipersoal.

Kenapa DAP enggan memberikan jawapan yang konkrit berhubung isu ini? Kenapa tiada langsung tindakan perundangan dikenakan terhadap Razali dan Dr Zuhdi, individu yang mendedahkan skandal ini?

Apa yang pasti, DAP sendiri tiada jawapan untuk menafikan sebarang sumbangan yang mereka terima daripada Israel.

Mereka lebih senang mengalihkan tumpuan rakyat kepada isu-isu lain sedangkan skandal DAP sendiri dibiarkan begitu sahaja.

Inilah wajah sebenar DAP. Mereka akan cuba sedaya upaya melindungi atau merahsiakan sebarang perkara yang boleh merosakkan parti mereka.

Namun, mereka akan tampil kehadapan andai mereka menghidu peluang untuk menjatuhkan musuh politik mereka. Sampai bila rakyat harus menunggu jawapan DAP berhubung sumbangan dana dari Israel ini?

Betul ker tidak DAP dapat dana dari Israel ini, Mahathir tidak pula tanya apa status duit Israel ini. Hendak dengar juga fatwa dari Mahathir berkaitan dana Israel ini. Rasuah ke halal duit dana Israel ini?

Tulisan :
Beruang Biru
BB206, Khamis
29 Disember 2016



Sent from Samsung tablet.

Jumaat, 23 Disember 2016

CT Hanya Nampak Tuala Jamal, Tak Nampak Mesejnya




POPULARITI yang dikecapi melalui status sebagai selebriti tidak menjamin perbuatannya betul setiap masa.  Sebaliknya mereka juga adalah manusia biasa yang pasti tidak terlepas dari menafsir sesuatu itu mengikut hawa nafsu dan lari dari konteks yang sebenar.

Seperti pada 21 Disember lalu, dimana seorang penyanyi popular telah 'repost' sebuah gambar dari rakan artisnya yang pada hemat dirinya mungkin cukup menyakitkan mata apabila dilihat.

Penyanyi yang lebih dikenali sebagai Datuk CT itu bertindak mengecam tindakan Pengerusi Gabungan NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Yunos yang tampil di pintu pagar Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK) dengan bertuala kerana ingin menumpang mandi.

Tidaklah bodoh sangat Jamal sehingga tiada kewarasan akal untuk sengaja berbuat demikian, sebaliknya pemimpin kawasan Sungai Besar, Selangor berkenaan bertindak sedemikian sebagai simbolik protesnya terhadap Kerajaan Pakatan Harapan Selangor yang masih belum mampu menyelesaikan permasalahan air di negeri termaju di Malaysia  itu.

Tiba-tiba, Datuk CT itu pula mengecam cara Jamal membuat protes di laman media sosial Instagram miliknya dengan kata-kata sindirian : "Jangan jadi macam jamal ye.." dan disertai beberapa 'hashtag' yang berbaur perlian yang cukup keji.

Sedangkan mesej yang cuba di sampaikan Jamal (kegagalan kerajaan Selangor menyelesaikan masalah air negeri itu), gagal dilihat Datuk CT. Sememangnya ini bukanlah satu yang memeranjatkan, melihat kepada tahap pendidikan nya yang tidak begitu tinggi tapi hanya pandai menyanyi.

Sunggu pun, bak kata orang, khinzir pun ada otak, takkanlah manusia lebih hina dari khinzir dengan tidak menggunakan otak? Mesej Jamal sangat mudah ditafsirkan tapi entah kenapa Dato CT hanya nampak bahagian Jamal bertuala itu saja.

Walaupun dia seorang 'public figure' yang diminati ramai, namun reaksi Datuk CT yang dilihat mahu mempolitikkan isu berkenaan telah menimbulkan kemarahan ramai pengguna media sosial dan rakyat Selangor yang terjejas dengan ketiadaan air ini. Majoriti tampil merasakan tidak senang mereka kepada Datuk CT yang bukan sahaja dilihat begitu buruk apabila memberi komen tentang isu politik, malah bagi gagal memahami mesej yang cuba disampaikan Jamal.

Bagi mereka, Datuk CT yang telah bergelar jutawan mungkin tidak sampai ke tahap perlu beratur untuk mendapatkan air, atau paling tidak 'check-in' hotel lima bintang milik suaminya, tapi bagi rakyat kebanyakan yang masih 'diseksa' dengan isu air ini, simbolik Jamal itu amat bertepatan dengan kehendak mereka memberi tekanan buat kepimpinan Kerajaan negeri.

Dalam soal ini, kenapa tidak Datuk CT yang nampaknya lebih terkasima mahu menyokong pihak Pakatan Harapan yang dikuasai DAP itu memegang kata-kata dan pesanan dari Pengerusi BERSIH 2.0, Maria Chin Abdullah? Menurut Maria, apabila seseorang itu marah, mereka akan menunjukkan cara yang berbeza.

"Ia bukan mengenai berdiam diri. Orang melakukan pelbagai perkara tetapi tidak berbahaya. Ia tidak membawa keganasan fizikal kepada sesiapa jua. Bagi saya, ia bukan tentang berdiam diri, ia mengenai membenarkan ruang untuk rakyat menyatakan kemarahan. Itu lebih penting daripada menjadikannya suatu jenayah," kata Maria pada 19 Oktober 2016 di Kuala Lumpur.

Jadi, salahkah Jamal menzahirkan kemarahannya bagi mewakili kira-kira 19.9 peratus daripada keseluruhan rakyat Malaysia (peratusan jumlah rakyat Selangor dari Jabatan Perangkaan Malaysia, 2016) itu, melalui simbolik yang beliau lakukan di hadapan pintu masuk SUK?

Soalnya sekarang, kenapa Datuk CT hanya 'terliur' memandang susuk tubuh Jamal disebalik tuala yang di pakai nya, berbanding melihat kepada mesej jelas yang cuba disampaikan untuk perhatian Kerajaan Pakatan Harapan Selangor?

Tulisan :
Beruang Biru
BB199, Jumaat
23 Disember 2016

Sent from Samsung tablet.

Khamis, 22 Disember 2016

PROTON IRIZ DINOBATKAN SEBAGAI KERETA MAMPU MILIK DI ASEAN CAR OF THE YEAR 2016




PROTON Holdings Berhad ("PROTON" atau "Syarikat") menerima satu lagi anugerah sebelum menutup tahun ini, apabila Proton Iriz dinobatkan sebagai “Budget Car of The Year 2016” di anugerah ASEAN Car of the Year 2016 (ACOTY).

"Dengan anugerah yang diterima di “Malaysia Car of the Year Award 2016” baru-baru ini, kami sekali lagi berasa amat terharu dan gembira dengan pengiktirafan ini, terutamanya kerana Iriz dilancarkan 2 tahun lalu. Kami telah memuatkan pelbagai ciri di dalam Iriz untuk memberikan pelanggan kami nilai yang lebih baik dan anugerah ASEAN ini merupakan pengiktirafan kepada usaha kami selama ini," kata Dato' Ahmad Fuaad Kenali, Ketua Pegawai Eksekutif PROTON.

Iriz diperkenalkan pada September 2014 dan menandakan kehadiran PROTON dalam segmen kereta kompak. Model ini mendapat penarafan 5-bintang daripada ASEAN NCAP dari segi keselamatan dan ciri-ciri keselamatan aktif dan pasif yang ada dalam semua varian termasuk kawalan kestabilan elektronik (ESC) dengan kawalan cengkaman, sistem brek anti-kunci (ABS) dengan kuasa-brek Elektronik (EBD), bantuan brek, bantuan kawalan cerun (HHA) dan sistem peringatan pemakaian tali pinggang (SBR).

PROTON juga merupakan satu-satunya syarikat permotoran di ASEAN yang menggunapakai teknologi Jerman, dipanggil, Hot Press Forming (HPF) untuk melengkapkan ciri-ciri keselamatan yang ada padanya. Struktur HPF boleh mencapai sehingga 5 kali lebih kekuatan dari logam biasa. Ini seterusnya menyediakan struktur badan yang lebih kukuh dan yang lebih penting, menguatkan kabin penumpang untuk perlindungan yang lebih baik," tambah Dato' Fuaad.

“Secara keseluruhannya, Iriz direka dan dihasilkan bukan sahaja untuk menyediakan perlindungan optimum kepada penumpang tetapi ianya juga sebuah kereta yang seronok dipandu dengan ciri-ciri keselesaan yang moden, penggunaan minyak yang ekonomi dan pelbagai ciri-ciri kemudahan lain," tambah Dato' Fuaad.

Proton Iriz dikuasakan dengan enjin VVT empat silinder dengan lima pilihan kelajuan, sama ada kotak gear manual atau transmisi CVT. Varian 1.3 liter didatangkan dalam pilihan Standard dan Executive, manakala 1.6 liter mempunyai pilihan Executive dan Premium, berharga dari RM41,520 ke RM62,030.

Bagi bulan Disember ini, PROTON menawarkan rebat antara RM2,200 hingga RM4,000 dan juga perkhidmatan percuma 2 tahun atau 40,000km, yang mana yang terdahulu untuk semua varian. Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh menghubungi talian Khidmat Pelanggan PROTON di 1800 888 398 atau e-mel kepada kami di customercare@proton.com. Pelanggan juga boleh melayari www.proton.com atau laman Facebook rasmi kami di www.facebook.com/ProtonCarsOfficial. Untuk maklumat tambahan, pelanggan juga boleh memuat turun aplikasi mudah alih rasmi MyProton, yang boleh didapati melalui Google Play dan Appstore, untuk spesifikasi dan harga serta menempah sesi pandu uji.

Isnin, 19 Disember 2016

Muhyiddin Si Lebai Malang



Muhyiddin mempunyai cita-cita politik yang cukup besar – untuk menjadi Perdana Menteri dengan cepat.  Di dorong oleh matlamat itulah, tidak ada apa yang tidak dilakukan Muhyiddin termasuk bekerjasama dengan Mahathir mencipta pembohongan terbesar abad ini, kononnya Datuk Sri Najib Tun Razak melesapkan wang sebanyak RM 42 billion.

Dikatakan orang, Muhyiddin juga ialah manusia yang membocorkan maklumat kewangan membabitkan sumbangan ikhlas dari Arab Saudi sebanyak RM 2.6 billion ke dalam akaun yang diwujudkan khas untuk tujuan tersebut dan kemudian berpura-pura terkejut dengan kebocoran tersebut. Orang katalah.

Sehingga di akhirnya, Muhyiddin – di atas pengkhianatannya itu, dipecat dari kerajaan dan UMNO. Dia kemudian meneruskan rancangan seterusnya iaitu dengan menubuhkan parti baru Pribumi Bersatu, bersama-sama Mahathir dan anaknya Mukhriz.

Buat sementara waktu, semuanya nampak berjalan lancar bagi Muhyiddin dan impian abadinya untuk menjadi Perdana Menteri terutama setelah semua parti pembangkang dalam Pakatan, bersetuju mengadakan kerjasama dengan Pribumi Bersatu.

Bagaimanapun pengumuman terbaru oleh Lim Kit Siang, mewakili DAP yang juga ketua sebenar dalam Pakatan Harapan bahawa Muhyiddin hanya akan dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri (interim) disamping Wan Azizah yang akan dilantik sebagai Perdana Menteri, menimbulkan persoalan.

Untuk apa Muhyiddin membuat segala macam kerja kotor semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO kalau diakhrinya dia hanya akan diberikan semula jawatan Timbalan Perdana Menteri – jawatan terakhir yang dia sandang sebelum dibuang?

Interim (sementara) pulak tu!!, itu namanya buang masa. Anwar Ibrahim dulu bekas TPM juga, dia tidak bercita cita hendak jadi TPM semula setelah masuk pembangkang. Anwar bercita cita jadi PM.

Politik Muhyiddin tidak akan ke mana mana. Silap silap jawatan TPM yang dijanji itu pun dia tak dapat. Siapa hendak beri jawatan pada parti yang hanya minoriti dan hanya ada 1 kerusi sahaja.

Muhyiddin dan parti pimpinannya ternyata tidak berdaya untuk membantah keputusan DAP tersebut. Muhyiddin tidak memberikan sebarang komen selepas beberapa hari kenyataan itu dibuat, membuktikan Muhyiddin lemah, tidak mampu lagi bercakap bila Kit Siang sudah buat keputusan.

Sehingga di akhirnya Muhyiddin dilihat sebagai lebai malang yang menerima pembalasan penuh dari Tuhan atas semua pengkhianatan dan kerja jahat terhadap Perdana Menteri dan UMNO yang dilakukannya selama ini.

Muhyiddin kena ingat ungkapan yang terlintas di fikiran Si Lebai Malang bila beliau dalam keadaan telanjang bogel selepas digigit burung punai, "kalau secupak, takkan jadi segantang, rezeki sudah sebanyak itu"

Konon lawan Najib sebab nak jadi Perdana Menteri tapi diakhirnya, jadi Timbalan Perdana Menteri jugak balik – sementara pulak lagi.

Mak Lebai pun meradang, sambil memegang kayu api yang ditujahkan ke belakang Si Lebai Malang, sambil berkata :

"Lebai nasib langkahan malang, ke hulu hilir penat berulang, celaka sial bedebah jembalang, pakaian dibuang bertelanjang pulang"

Inilah dia nasib yang menimpa Muhyiddin. Kisah Nika Gee, 1Bestari dan janji Kit Siang untuk jadi TPM sudah menjadikan Muhyiddin si Lebai Malang. Tiada kain untuk tutup kesipuan itu.

Tulisan :
Beruang Biru
BB191, Isnin
19 Disember 2016



Sent from Samsung tablet.

Ahad, 18 Disember 2016

PROTON SAGA MENANG ANUGERAH "VALUE-FOR-MONEY CAR" DI MALAYSIA CAR OF THE YEAR 2016






PROTON Holdings Berhad ("PROTON" atau "Syarikat") menerima 2 anugerah bagi Saga dan Persona serba baharu, di Malaysia Car of the Year 2016 oleh Institut Automotif Malaysia (MAI) yang diadakan di Hotel Saujana, Subang. 

Dua anugerah tersebut ialah: 
1. Value-for-Money Car (Kereta Nilai Terbaik) - Proton Saga 
2. Most Improved Model in Fuel Efficiency (Model Cekap Bahan Api Paling Dipertingkatkan) - Proton Persona 

"Kami amat terharu dan gembira dengan pengiktirafan ini. Kedua-dua Persona dan Saga diterima baik oleh rakyat Malaysia setelah pelancarannya. Melalui kajian pasaran yang dijalankan, kami telah melakukan penambahbaikan terhadap kereta ini supaya kami dapat memenuhi kehendak am segmen pasaran. 

Kedua-dua Saga dan Persona direka bagi mereka yang memerlukan sebuah kereta dengan harga berpatutan, selamat, dan mempunyai pelbagai ciri praktikal yang bersesuaian dengan gaya hidup mereka," kata Dato' Ahmad Fuaad Kenali, Ketua Pegawai Eksekutif PROTON . 

"Antara kehalusan yang telah dicapai adalah tahap bunyi, getaran dan kekasaran (Noise, Vibration and Harshness, NVH) kereta yang lebih senyap dan peningkatan penjimatan penggunaan bahan api, dipandu oleh ciri Bantuan Pemanduan Eco bagi kedua-dua kereta, ciri yang diperkenalkan pertama kali bagi PROTON. 

Kereta Persona dan Saga masing-masingnya dilengkapi ciri-ciri keselamatan aktif dan pasif yang melayakkannya ke taraf keselamatan ASEAN NCAP 5 bintang dan 4 bintang," tambah Dato' Fuaad. 

Saga generasi ketiga dilengkapi dengan enjin 1.3L VVT dan berharga dari RM36,800 hingga RM45,800. 

Bagi Persona serba baharu pula dilengkapi enjin 1.6L VVT yang lebih cekap dan berharga dari RM46,800 hingga RM59,800. 

Kedua-dua Saga dan Persona didatangkan dalam 3 varian, Standard, Executive dan Premium. "Pengiktirafan ini mendorong kami untuk terus menyediakan produk dan perkhidmatan berkualiti kepada pelanggan," tambah Dato Fuaad lagi.

Jumaat, 16 Disember 2016

Siapa Sebenarnya Yang DAP Hendak Sebagai Calon Perdana Menteri?



Parti DAP sekarang ini dilihat sebagai ketua dalam Pakatan Harapan (PH) pembangkang kerana parti itu memiliki kerusi 37 kerusi dalam Dewan Rakyat dan PAN, proksi DAP memiliki 6 kerusi.

Ketika perjanjian persefahaman ditandatangani pada 13 Disember lalu bersama PKR, PAN dan PPBM, tidak dibentangkan organisasi dan struktur Pakatan Harapan.

Hanya tandatangan kerjasama politik yang dihasilkan DAP dalam soal satu lawan satu dengan Barisan Nasional (BN).

Tidak dinyatakan siapakah Pengerusi pakatan, Timbalan Pengerusi, Setiausaha Agung dan jawatan lain seperti satu organisasi rasmi seperti yang ada dalam Barisan Nasional (BN).

Malah lebih teruk lagi, tidak ada calon pemimpin yang dilabelkan sebagai bakal Perdana Menteri jika mereka menang.

Selain itu, bagaimana sebenarnya bentuk kabinet bayangan PH yang DAP mahu untuk mentadbir negara sekiranya menang?

Adakah kabinet yang tersebar yang didakwa DAP dihasilkan oleh musuh politik mereka baru-baru ini adalah kabinet sebenar kerana susunannya nampak sudah lengkap dengan meletakkan Lim Kit Siang sebagai Perdana Menteri dan Tun Dr  Mahathir Mohamad sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Kalau barisan kabinet itu didakwa sebagai tidak benar, apakah sebenarnya "shadow cabinet" pakatan pembangkang?

Sebagai sebuah pakatan, jika ada ketua diletakkan dalam satu kerangka lengkap individu itu boleh dianggap sebagai seorang calon Perdana Menteri jika parti mereka menang.

Sehingga hari ini, DAP yang nampak jelas parti yang mengawal segala-galanya dalam PH belum memuktamadkan siapa individu berkenaan yang boleh diangkat sebagai pemimpin.

Ini tidak, ramai yang boleh dan nampak seperti mahukan jawatan Perdana Menteri itu dalam pembangkang antaranya Datuk Seri Anwar Ibrahim, Kit Siang, Guan Eng, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Mereka semua kini dilihat seperti melobi kepada rakyat bahawa diri mereka masing-masing ada kredibiliti untuk menjadi seorang Perdana Menteri jika berjaya mengenepikan BN pada PRU akan datang.

Rakyat sentiasa dikelirukan dengan siapa bakal menjadi ketua mereka kerana asyik berdolak-dalih dalam mengumumkan siapa sebenarnya bakal mengetuai pakatan.

Desakan supaya mereka membuat pengumuman itu sudah lama berbunyi, tapi nampak jelas pemimpin dalam DAP sengaja buat-buat buta dan buat-buat pekak.

Hendak pilih calon ketua pun susah. Macam mana hendak berpakat satu lawan satu. Pembangkang kini tidak berpakat sebenarnya. Mulut mereka kata pakat, di hati masing fikir hendak bolot kuasa sahaja.

Bahaya kita perjudikan undi pada pakatan yang tidak berpakat. Hanya berpakat hendak rampas kuasa sahaja. Lepas dapat kuasa, mereka tidak akan berpakat. Hancurlah negara ini kalau begitu.

Tulisan :
Beruang Biru
BB190, Jumaat
16 Disember 2016


Sent from Samsung tablet.

Jumaat, 2 Disember 2016

PAU 2016 : Tiada Siapa Ratapi Ketiadaan Mahathir



Pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2015 lalu, bekas Presiden UMNO, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah dijemput untuk menghadirinya. Namun beliau tidak menghadirinya.

Dr. Mahathir kemudiannya telah mengambil keputusan untuk keluar UMNO pada bulan Februari lalu sebagai memprotes terhadap Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak, iaitu dalam satu tindakan yang sememangnya telah dijangkakan sebelum ini.

Kali ini, pada PAU 2016 yang sedang berlangsung ini, tiada lagi kerusi yang dikhaskan kepada beliau. Ternyata ketiadaan Dr. Mahathir pada PAU 2016 ini tidak memberikan kesan kepada perjalanan satu perhimpunan tahunan parti keramat ini.

Tiada siapa yang meratapi ketiadaannya, malah apabila Najib menyifatkan beliau sebagai pengkhianat kerana bersekongkol dengan pembangkang dalam ucapan dasar Presiden semalam, ahli-ahli UMNO bersetuju dengan ucapan Dato Seri Najib.

Nama Dr. Mahathir memang disebut pada PAU kali ini tetapi hanya apabila dilabel sebagai pengkhianat. Selain itu, nama beliau tidak kedengaran kecuali nama anaknya, Datuk Seri Mukhriz.

Itupun nama Mukhriz tidak disebut secara langsung sebaliknya perwakilan menggelarnya sebagai `Boboi' sebagai sindiran.

Ternyata orang UMNO tidak lagi merindui Dr. Mahathir sebaik sahaja beliau memutuskan untuk berasa sepentas dengan pembangkang dan menubuhkan parti baru, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Dengan matlamat Dr. Mahathir yang bukan sahaja mahu menggulingkan Najib, malah menguburkan UMNO, ia telah menyebabkan beliau tidak lagi dilihat sebagai negarawan terbilang dan dihormati seperti ini tetapi sebagai pengkhianat kepada orang Melayu.

Malah tindakannya yang mengumpulkan tandatangan untuk menyingkirkan Najib, menyertai perhimpunan haram Bersih dan menggunakan media asing untuk memburukkan Najib dan kerajaan, adalah satu tindakan desperado politik, tidak berprinsip, gelojoh serta menjatuhkan maruah.

Apa yang penting survival UMNO bergantung sepenuhnya kepada kesetiaan ahli-ahli bersama barisan pimpinan parti itu untuk mempertahankannya demi memastikan kemenangan UMNO pada PRU nanti.

Jangan biarkan Presiden parti berseorangan mendepani cabaran-cabaran ketika ini dan membantu beliau tatkala UMNO diserang oleh musuh.