Isnin, 24 Julai 2017

FELDA DAN FGV: LEMBU PUNYA SUSU, SAPI DAPAT NAMA

Felda merupakan satu aset yang sangat tinggi nilainya baik bagi pihak kerajaan atau pun parti-parti politik pembangkang. 

Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) telah ditubuhkan oleh Tun Abdul Razak pada  1 Julai 1956. Bertujuan untuk membasmi kemiskinan terutama kepada orang Melayu. Getah dan kelapa sawit menjadi agenda utama dalam program pembangunan Felda. 

Usaha kerajaan membuka tanah tanah baru dan pengambilan peneroka di teruskan tahun demi tahun sehinggalah pada tahun 1990 dan kemudian dihentikan. Ketika ini negara dibawah kuasa Tun Mahathir. 4 tahun kemudian kerajaan dibawah Tun Mahathir telah menghentikan segala peruntukan kepada Felda.

Maka dengan itu Felda terpaksalah berusaha sendiri untuk mengurus dan menjaga ladang yang terbesar di dunia dengan pelbagai inisiatif untuk memajukan industri perladangan dan menceburi dalam bidang perindustrian yang berasaskan pertanian.  Untuk merealisasikan hasrat dan impian warga Felda maka tertubuh lah koperasi Felda dan Felda Global Ventures. 

FGV pula adalah inisiatif kerajaan di bawah pimpinan YAB Dato Seri Najib Tun Razak pada Jun 2012 dan melantik Tan Sri Sabri Ahmad sebagai CEO pertama FGV. Entiti perniagaan Felda yang baru ini telah disenaraikan di papan utama bursa saham negara sebagai "world’s second largest initial public offering after Facebook". 

Bagaimana pun segala usaha murni kerajaan untuk meningkatkan tahap kesedaran terhadap kemajuan Felda dan FGV sentiasa berdepan dengan pelbagai ancaman dan cabaran dari pihak luar.

Parti pembangkang terutama Pas seawal tahun 1969 lagi telah cuba menghasut peserta felda meninggalkan parti keramat Umno untuk menyertai Pas. 

Mazlan Aliman yang juga anak Felda telah menubuhkan NGO berlaku ANAK bertujuan untuk menghasut warga Felda menentang kerajaan dan menyokong parti pembangkang. 

Maka bermulalah lah kuman dan virus disuntik kepada peneroka sehingga sebahagian daripada peneroka yang dijangkiti kuman ANAK sukar untuk dipulihkan.  

Sikap mereka mula berubah, mereka mula melawan arus dan engkau segala peraturan dan arahan pihak pengurusan Felda.

Ditambah lagi dengan kehadiran kakitangan Felda yang telah terkena jangkitan kuman sewaktu mereka berada di luar Felda seperti di universiti dalam dan luar negara. 

Maka bertambah buruk lah permasalahan yang dihadapi oleh Felda. 

Antara sikap peneroka ialah tidak menjual produk mereka kepada pihak berwajib tetapi mengkhianati dengan seludup keluar dan menjual hasil kepada pihak luar secara tidak sah.

Sikap pengurusan Felda juga dilihat banyak tak lurus dalam memikul tanggung jawab yang diamanahkan.  

Tetapi yang mendapat nama buruk ialah Umno dan Najib. Mereka yang telah dijangkiti penyakit tidak bersalah. 

Kelmarin Dato Sri Najib Razak telah memulakan langkah pertama beliau untuk menyusun semula Felda dengan mengumumkan 6 insentif  terbaru untuk warga Felda. 

Selepas ini jangan lagi ada yang akan menyalahkan Najib. Segala permasalahan adalah berpunca daripada sikap segelintir warga Felda itu sendiri samada peneroka atau pengurusan.  

Buat lah dan tunaikan lah tanggung jawab dan amanah dengan betul dan ikhlas. Jangan dibakar dan musnahkan tempat kita tidur dan mencari rezeki. Janganlah jadi seperti peribahasa Melayu 'lembu punya susu, Sapi dapat nama ' atau Mazlan Aliman punya angkara, Najib dapat nama buruk.











Sent from Samsung tablet.