Inilah yang dikatakan orang Ganu Berat Nanang. Hanya main gambaran sahaja. Walaupun tuduhan sedemikian tidak memberi impak yang besar tetapi ia menyerlah akan miskin nya minda dan busuknya hati mereka.
Ayat power ialah 'majlis pecah tanah bukti negara dijajah'. Ia menuduh negara kita sudah dijajah oleh China.
Mungkin kah depa sudah lupa zaman tok wan dahulu? Korea, Jepun dan China tak pernah 'jajah' kita?
Tok wan lupa agaknya, dahulu buat lebuhraya utara selatan pun panggil Korea. Akibatnya kilang simen di Padang Regas Perak jadi milik Korea sampai lenyap sebuah bukit. Setelah kaut untung kilang tersebut jadi milik kroni tok wan. Kilang tersebut masih wujud di sebelah kanan lebuh raya utara selatan selepas interchange Kuala Kangsar dari arah selatan.
Tok wan lupa agaknya, dahulu buat lebuhraya utara selatan pun panggil Korea. Akibatnya kilang simen di Padang Regas Perak jadi milik Korea sampai lenyap sebuah bukit. Setelah kaut untung kilang tersebut jadi milik kroni tok wan. Kilang tersebut masih wujud di sebelah kanan lebuh raya utara selatan selepas interchange Kuala Kangsar dari arah selatan.
Tok Wan juga pernah bagi Share percuma kepada China untuk kerja cari gaji minyak yang melibatkan Petronas di luar negara dengan alasan China memiliki kuasa veto
Banyak lagi projek zaman tok wan melibatkan negara seperti Jepun, Korea dan China.
Perkasa pula hari ini dilihat seperti nyawa nyawa ikan. 90 peratus ahli-ahli nya sudah meninggalkan pertubuhan tersebut kerana hala tuju pertubuhan sudah teruk tersasar jauh dari matlamat sebenar.
Yang tinggal hanyalah insan yang ingin mencipta nama dalam industri politik ( istilah baru) dan ingin menjadi calon pilihan raya umum akan datang.
Presiden Perkasa satu ketika dulu cukup digeruni oleh wartawan dari akhbar Cina.
Perkasa sering dikaitkan dengan UMNO kerana ramai ahlinya aktif dalam pertubuhan ini.
Wartawan Cina sering mempersoalkan kenapa ianya harus di tubuhkan, apakah Umno membantu Perkasa dan bermacam macam soalan yang diajukan, tetapi kini mereka tidak lagi memajukan soalan seperti dahulu kerana mereka tahu bahawa perkasa tidak lagi menjadi ancaman besar kepada pembangkang terutama Dap.
Dahulu Perkasa menentang Dong Zhong, menentang LGBT, menentang mereta yang anti Islam, menentang mereka yang anti Raja-raja Melayu, menetang perti politik yang ekstrim dan lain-lain.
Hari ini semuanya sudah punah setelah Dr Mahathir Mohamad menubuhkan sebuah parti politik yang berhaluan kiri dan kini sebaris dengan parti politik yang ekstrem.
Presiden Perkasa juga pernah berkata beliau ada memikirkan bahawa satu hari mungkin Perkasa akan menjadi sebuah parti politik tetapi ia memerlukan sumber kewangan yang besar dan buat masa ini pertubuhan ini belum ada keupayaan dan kemampuan.
Kini setelah PPBM ditubuhkan maka oportunis yang ada di dalam nya menanti hari untuk bergelar calon Yb.
Apapun Perkasa hari ini sudah musnah ibarat ular yang tinggal kepala sahaja kerana bahagian lain sudah putus dikerat.
Berikut adalah kenyataan Perkasa yang dikecam hebat oleh NETIZEN
Kenyataan Perkasa.
Majlis Pecah Tanah ECRL hari ini di Kuantan telah membuktikan negara sudah dijajah melalui ekonomi.
Perkasa sangat kecewa identiti negara hilang dalam majlis tersebut. Kelihatan bendera sepanjang jalan dalam bahasa Mandarin. Satu bendera Malaysia pun tidak ada. Apakah tidak dibenarkan bendera malaysia diletak atau digantung untuk majlis tersebut?
Lebih malang lagi pengacara majlis berbahasa Mandarin kemungkinan dibawa dari China. Permulaan penafian Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan.
Lori-lori dan jentera berat juga dibawa dari China. Perkasa mahu tahu apakah pemadu lori-lori dan pengendali mesin-mesin khas untuk pembinaan track keretapi itu juga dari negara China? Jika benar, apakah rakyat tempatan tidak mampu memandu atau mengedalikannya??? Dan berapa ramai pekerja dari tanah besar China akan dibawa masuk utk bekerja di projek ECRL ini???
Perkasa dimaklumkan majlis pecah tanah tersebut tiada rasa seperti di Malaysia. Penuh dengan bendera2 tulisan Mandarin.
Perkasa menganggap pemimpin kerajaan sekarang sanggup gadai maruah negara dan bangsa demi projek pembangunan. Hal ini tidak berlaku semasa negara membina KLIA, Putrajaya, ERL, LRT, Litar F1, West Port, Menara Berkembar Petronas dan lain-lain projek mega negara sebelum ini.
Di manakah jati diri pemimpin-pemimpin negara sekarang.???
Sekian.
Syed Hassan Syed Ali
SU Agung Perkasa
010-2283001