Selasa, 8 Ogos 2017

Tiada Bukti : Pemimpin Pembangkang Perlu Bertaubat



Pemimpin pakatan pembangkang kini perlu insaf dan bertaubat di atas perbuatan mereka dan berhenti memburukkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Barisan Nasional (BN).

Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) Ramesh Rao dalam satu kenyataan hari ini berkata, ini adalah kerana keputusan mahkamah di London bahawa tidak ada bukti bahawa Najib pernah beri rasuah atau salah guna kuasa.

Ini latar belakang ceritanya, pada 2 Ogos lepas, sepasukan Peguam Britain mewakili Presiden PAS, Abdul Hadi Awang dalam satu prosiding pengurusan kes untuk menentukan jumlah desposit yang perlu dibayar oleh Abdul Hadi sebagai keselamatan dengan mahkamah dalam soal saman sivil ke atas Editor Sarawak Report, Clare Rewscaslte Brown. 

Saman itu membabitkan dakwaan bahawa Najib menyogok presiden PAS itu dengan RM90 juta, wang yang dikatakan oleh Clare berasal dari 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Setakat ini, beliau belum lagi memberi bukti keterangan kepada mahkamah untuk membuktikan dakwaannya walaupun diberi masa yang mencukupi untuk berbuat sedemikian.



Namun, beliau meminta hakim untuk menetapkan £800,000 (kira-kira RM4.5 juta) sebagai jumlah deposit yang perlu dibayar oleh Hadi dengan mahkamah.  

Presiden PAS, sebaliknya, menawarkan untuk membayar hanya RM80,000, dengan alasan bahawa jumlahnya adalah "mencukupi dan tidak menyebabkan kontroversi." 

Bukan sahaja mahkamah menerima tawaran Hadi, ia memutuskan bahawa Rewcastle sendiri perlu membayar kos bernilai 15,000 Pound (kira-kira RM85,000) serta merta dan baki selebihnya berdasarkan penilaian jumlah keseluruhan kos.



Mahkamah London telah memberikan Clare sehingga 23 Ogos 2017 untuk mengemukakan bukti untuk menyokong dakwaannya bahawa Najib menyogok Hadi dengan RM90 juta. 

Itu adalah 18 hari dari sekarang, lebih daripada masa yang mencukupi untuk Ketua Pengarang Sarawak Report untuk menyusun begitu banyak "bukti panas" yang dikatakannya terhadap pentadbiran Najib Razak. 

Persoalannya, mengapa beliau belum lagi melakukannya?

 - dipetik dari portal malaysia-today.net.

Menurut Ramesh, ini adalah satu bukti kukuh dari mahkamah di London, negara asal Clare bahawa Najib dan BN tidak merasuah mana-mana pihak melibatkan wang 1MDB. 

"Segala dakwaan berkenaan 1MDB yang dibuat oleh Mahathir selama ini pun tidak benar dan ia hanya dibuat-buat oleh Clare dengan bantuan pihak-pihak tertentu untuk tujuan jahat.

"Pemimpin DAP, PKR, PAN dan PPBM perlu insaf dan bertaubat serta berhenti terus menyalahkan 1MDB dan kerajaan dengan cerita-cerita rekaan demi untuk menghasut rakyat," katanya. 

Menurut beliau, kalau tidak mahu bertaubat pun, eloklah pemimpin pembangkang menjalankan tugas yang lebih mementingkan rakyat daripada terus menerus menipu. 

"Pembangkang di Malaysia suka menipu dan guna politik kotor untuk dapat kerusi serta jadi wakil rakyat.

"Rakyat Malaysia sudah tidak boleh kena tipu lagi dengan mereka, ini sudah terbukti mereka suka buat cerita bohong," kata Ramesh. 

Ramesh Rao Krishnan Naidu
Presiden PMSP
7 Ogos 2017