Isnin, 23 Oktober 2017

Fwd: #ZAMIHAN_MENGHINA_NAJIB_TIDAK_CERDIK?

---------- Forwarded message ----------
From: "Abu Aqif Al Aman" <abuaqif@gmail.com>
Date: 23 Oct 2017 12:26 p.m.
Subject: #ZAMIHAN_MENGHINA_NAJIB_TIDAK_CERDIK?
To:
Cc:

#ZAMIHAN_MENGHINA_NAJIB_TIDAK_CERDIK?

1. Zamihan memfitnah Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak kononnya memberi tanah di Putarajaya kepada Saudi. Sekaligus menghina Perdana Menteri sebagai tidak cerdik. Tuduhan ini tidak benar.

2. Kita Malaysia cuma menyediakan tanah sahaja. Bukan sampai memberi tanah kepada mereka. Bezakan.

3. Pada pendapat aku tiada yang merugikan kerajaan. Apatah lagi Saudi juga telah bersetuju untuk memberi tapak kepada Malaysia di negara mereka. Bukan satu, tetapi dua tapak iaitu di Mekah dan di Madinah untuk membina Kompleks Tabung Haji.

4. Jika dikaji, harga tanah di sana berkali-kali ganda mahalnya berbanding harga tanah di Putrajaya.

5. Malah ada kajian yang menyatakan, tanah di Mekah adalah tanah paling mahal di dunia.

6. Purata harga rumah kediaman di Mekah pada tahun ini (2017) adalah SR 110,000 bagi satu meter persegi. Harga ini adalah harga purata sebiji rumah kita di sini?

7. Begitu juga harga tanah. Semakin hampir tanah itu dengan pusat Mekah iaitu Masjidil Haram maka semakin mahal harganya. Pada tahun 2013 harga tanah di sekitar Masjidil Haram adalah 2 juta riyal (SR) bagi satu meter persegi. 

8. Itu adalah harga 4 tahun lalu. Tahun ini tentu lebih mahal. Dan itu baru tapak tanah di Mekah. Belum lagi di Madinah. 

9. Jadi, siapa yang lebih untung kalau kita nak cerita pasal tanah? Malaysia untung atau Saudi yang untung?

10. Kalau tanya aku, kalau tanah di Putrajaya tu, Perdana Menteri nak bagi terus pun takpa jika Saudi mahu beri sedikit tanah di sekitar Masjidil Haram. Itu kalau tanya aku la.

11. Itu belum lagi kita cerita tentang keberkahan tanah di Mekah dan Madinah. Tak payah fikir la. Aku bagi jawapan terus. Tentulah kita Malaysia yang lebih banyak mendapat manfaat berbanding mereka.

12. So, Soalan: Selepas kita tahu tanah yang mana yang lebih menguntungkan, kita tanya Zamihan semula, Perdana Menteri kita cerdik ke tak cerdik?

13. Oh ya, mengikut pencarian aku, hanya Malaysia sahaja diberi tapak di Mekah dan Madinah. Negara lain tidak mendapat keistimewaan seperti ini.

14. Zamihan kerap manipulasi hujah agama untuk menghalalkan tindakannya menghina pemerintah. Tapi kali ini tiba-tiba dia menggunakan hujah "kita negara demokrasi".

15. Kaedah Zamihan ni agak kontradik. Sekejap dia guna hujah agama. Tapi bila nak halalkan tindakan dosa, dia guna alasan "demokrasi".

16. Jika Zamihan mahu guna alasan "kita negara demokrasi", salahkah Perdana Menteri mahu menyediakan tanah di Putrajaya bagi tujuan membina Pusat Keamanan Antarabangsa dengan alasan yang sama?

17. Namun, jika Zamihan tidak setuju pun tidak mengapa. Tapi beradablah. Mengapa seorang yang berstatus ustaz lebih teruk adabnya berbanding orang kebanyakan seperti kita ni.

18. Aku selalu tegaskan dan aku akan sentiasa ulang perkara ni. Jangan guna cara Khawarij untuk menegur pemimpin. Gunalah kaedah yang Nabi sudah ajarkan.

Rasulullah sallallahu alaihi wa sallam bersabda:

"Barang siapa ingin menasihati seorang pemimpin maka janganlah dia menampakkan secara terang-terangan, akan tetapi hendaklah dia mengambil tangan pemimpin tersebut dan menyendiri dengannya. Jika dengan itu, dia menerima (nasihat) darinya maka itulah (yang diinginkan, -pent) dan jika tidak menerima maka dia (yang menasihati) telah melaksanakan kewajipannya." [Sahih, HR. Ahmad, Ibnu Abu Ashim dan yang lain, disahihkan oleh al-Albani dalam Zhilalul Jannah, no. 1096—1098].

"Adapun menasihati para pemimpin kaum muslimin ertinya membantu mereka dalam kebenaran, mentaati mereka dalam kebenaran, dan memerintahkan mereka untuk itu, serta mengingatkan mereka dengan LEMAH LEMBUT dan memberitahu mereka tentang hak-hak kaum muslimin yang mereka lalaikan dan belum sampaikan kepada kaum muslimin. Termasuk nasihat kepada mereka adalah tidak melakukan pemberontakan kepada mereka serta melunakkan hati manusia agar taat kepada mereka." [Syarah Sahih Muslim, dinukil dalam al-Wardul Maqthuf, hlm. 72 dan lihat hlm. 74].

Menyebut kesalahan pemimpin di hadapan manusia adalah bermaksud MENGAIBKAN mereka. [Rujuk Sahih Sunan Tirmdzi: 1812 oleh Al-Albani]

19. Apatah lagi sebagai penjawat awam, jika ada sesuatu yang ingin diutarakan, Zamihan perlu salurkan pendapat atau bantahannya melalui saluran yang betul. Bukan dengan cara membantah di khalayak ramai sambil merendah-rendahkan Perdana Menteri Malaysia.

20. Dengan suara yang lantang, dengan nada yang tinggi, dengan muka yang bengis, dengan riak muka yang seakan-akan merendah dan meremehkan, menempelak Perdana Menteri di hadapan ramai orang. Dirakam, di-upload dan disebarkan kepada umum tegurannya, untuk tujuan apa?

21. Sudahlah kaedah menegurnya sangat biadap, dicabar pula agar tindakan diambil ke atasnya sebagai penjawat awam. Perlu ke sampai cabar-mencabar begitu?

22. Adakah Zamihan cuba memalukan Perdana Menteri?

23. Adakah Zamihan cuba membangkitkan kemarahan rakyat terhadap Perdana Menteri?

24. Adakah Zamihan cuba menghasut orang ramai supaya membenci Perdana Menteri?

25. Adakah Zamihan sedang mencabar Perdana Menteri?


Setuju dengan aku? Jika setuju, sila share...