Langkau ke kandungan utama

ANWAR TAHANAN POLITIK? KEGILAAN APAKAH INI?


Oleh Lokman Adam

Lama juga saya tak menulis kerana fokus dengan Jelajah Memahami Dasar Ekonomi Negara yang saya gerakkan sejak awal tahun ini dibawah Kementerian Kewangan (MOFCOMMS).  

Namun apabila membaca kenyataan bersama yang dibuat oleh Tun Mahathir dengan Kimberley Motley, Peguam dari Amerika Syarikat, saya merasa terpanggil untuk menyanggah manusia kurang siuman yang semakin terserlah kegilaannya ini. 

Kejutan terbaru Mahathir hari ini ialah apabila beliau mengistiharkan Anwar sebagai “Tahanan Politik” dan mendesak agar Anwar dibebaskan.  

Saya hampir tidak percaya manusia yang dua kali menyumbat saya di dalam tahanan ISA tanpa bicara ini mengistiharkan Anwar sebagai “Tahanan Politik”.  Izinkan saya bagi kefahaman sebenar apa maksud “Tahanan Politik” dan apa maksud “Tahanan Jenayah” kepada Melayu yang mudah lupa ini.

Bila Anwar meliwat Saiful, walaupun peguamnya menyatakan bahawa liwat itu berlaku secara suka sama suka, meliwat tetap merupakan satu kesalahan jenayah di Malaysia. Maka mereka yang dipenjarakan dibawah kesalahan ini dianggap sebagai tahanan jenayah, bukan tahanan politik.

Bila Anwar mengumpulkan puluhan ribu rakyat Malaysia mendesak Mahathir berundur pada 20 September 1998 di Masjid Negara.  

Pada malam yang sama Anwar telah ditahan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bagi mengekang kemaraan Gerakan Reformasi, itu dipanggil “Tahanan Politik” sebab beliau langsung tiada peluang bela diri.

Bila Mahathir tidak ada modal untuk memenjarakan Anwar tahun 1998, akhirnya Anwar dipenjarakan dengan kesalahan salah guna kuasa mengarahkan Pihak Polis untuk mengertak Umi Hafilda yang akhirnya menyebabkan Anwar dipenjarakan selama 6 tahun .  

Walaupun, pertuduhan ini umum tahu untuk menyumbat Anwar ke penjara, ianya tetap kesalahan jenayah dan Anwar adalah Tahanan Jenayah.

Bila Anwar ditahan dibawah ISA 1998, sebahagian besar penyokong Anwar telah juga ditahan dibawah ISA bagi memastikan tidak ada gerakan mendesak pembebasan Anwar, mahupun mendesak Mahathir undur.  

Antara yang ditahan ketika itu ialah Dato Sri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Dato Sri Zambri Kadir, Ruslan Kassim, saya sendiri dan ramai yang lain.  

Tahanan tanpa bicara ini adalah “Tahanan Politik”.

Bila Ezam Md Nor mendedahkan dokumen Akta Rahsia Rasmi berhubung pemberian AP kepada Fazrin Azwa, menantu Tan Sri Rafidah Aziz, beliau dipenjarakan di Penjara Kajang. 

Walaupun apa yang didedahkannya betul, tetapi sebab dokumen yang didedahkan diklasifikasikan sebagai Akta Rahsia Rasmi oleh kerajaan Mahathir ketika itu, Ezam tetap dikira tahanan jenayah.

Tapi bila Ezam ditahan bersama saya, Shaari Sungip, Tian Chua, Dr Badrul Amin dan Hishammuddin Rais dari 2001-2003 tanpa bicara bagi memastikan Gerakan Reformasi dikuburkan, ini ialah “Tahanan Politik”

Tidak perlulah saya senaraikan dengan panjang lebar apa yang berlaku dizaman Mahathir menjadi Perdana Menteri.  

Manusia-manusia yang Mahathir “cium mulut” sekarang rata-rata adalah Tahanan Politik dizaman pemerintahan kuku besi Mahathir. Baik Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Muhammad Sabu, Tian Chua, Hishamuddin Rais dan ramai lagi adalah Tahanan Politik zaman Manusia yang digelar Mahafiraun dan Mahazalim ini. 

Amat melucukan, ada hati Mahathir nak sebut Anwar sebagai tahanan politik Najib.  

Manusia bernama Najib inilah anak jantan sebenar yang telah menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri yang diwujudkan untuk mengekang ancaman Komunis tetapi akhirnya disalahgunakan untuk mengekang musuh politik Mahathir.

Reformis sebenar ialah manusia yang melakukan perubahan semasa dia berkuasa, bukan manusia yang melaungkan slogan perubahan ketika dia sudah tiada kuasa.  

Saya ingat Mahathir sahaja yang mudah lupa, Kimberley ini juga mungkin mudah lupa bahawa kerajaan negaranya juga dulu mengelar Anwar sebagai Tahanan Politik Mahathir.
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dan Salam 1 Malaysia
TERKINI
(Edisi Akhir 13/12/2017)



MALAYSIA DAN INDONESIA SEPAKAT TANGANI ISU BERKEPENTINGAN - DUTA MALAYSIA
http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/ge/newsgeneral.php?id=1419300

KKLW PERUNTUK RM136,000 UNTUK MURID MISKIN KELANTAN
https://www.bnbbc.my/kklw-peruntuk-rm136000-untuk-murid-miskin-kelantan/

‘SEMALAM RAFIZI KATA HARGA MINYAK NAIK’, DEMIKIAN KECAMAN NETIZEN
https://www.bnbbc.my/netizen-kecam-rafizi-semalam-yb-kata-harga-minyak-naik/

Kepada yang tidak boleh copy berita ini utk dipanjangkan kepada orang lain, sila join telegram saya. Dijamin berita dan isu semasa lebih pantas. Hanya klik join di
https://telegram.me/lokmanadam
Ianya Percuma! Semua rekod posting saya terdahulu ada disimpan di channel tersebut.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perihal Elaun Keraian Kakitangan Kerajaan

ELAUN KERAIAN
BAGI pegawai-pegawai kerajaan gred 43 ke atas, mereka di peruntukkan dengan elaun keraian yang merupakan sebahagian daripada pendapatan mereka. Elaun minima RM400 sebulan di kecualikan daripada cukai pendapatan.

Imbuhan Tetap Keraian yang diberikan kepada pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan pegawai tertentu dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional merupakan elaun yang dibayar atas kadar tetap secara bulanan.

Tujuan pemberian Imbuhan Tetap Keraian adalah sebab jawatan dan tanggung jawab pegawai memerlukan mereka meraikan tetamu bagi mewujudkan suasana ramah mesra. -- FAQ SSM oleh JPA

Namun pada kebiasaannya, Imbuhan Tetap Keraian ini hanya digunakan untuk meraikan diri sendiri ataupun keluarga sendiri sahaja ataupun untuk membayar hutang-hutang peribadi sahaja.

Andai kata ada tetamu yang datang ke pejabat dan mereka di jamu, itu adalah dari perbelanjaan pejabat. Malahan ada pejabat yang membayar makan minum tetamu yang diraikan di hotel/restoran menggunak…

#SIAPA_ARAH_BUNUH_ALTANTUYA?

(By: Ariff Ahmad)
Walaupun Kerajaan Australia telah bersetuju untuk membenar Sirul dibawa pulang ke Malaysia tetapi reaksi Mahathir terhadap isu tersebut adalah seperti dia tidak berminat untuk membenarkan Sirul Azhar pulang ke Malaysia (sila rujuk FAKTA 1).  
Mengapa Mahathir tidak berapa bersetuju dengan cadangan tersebut. Untuk memahaminya, maka kita perlu rujuk kepada sejarah pembelian kapal selam tersebut.
Mengikut siasatan saya, Rancangan untuk membeli kapal selam telah mula dibahas di Parlimen seawal tahun 1993 lagi (sila rujuk pada beberapa SCREENSHOT HANSARD dibawah). Persoalannya ialah, jika Mahathir sebagai Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan berkata dia tidak tahu tentang rancangan hendak membeli KAPAL SELAM, jadi apa yang Mahathir buat semasa isu tersebut dibahas di Parlimen. DIA TIDUR AGAKNYA  
Ini adalah fakta-fakta tentang siapa yang terlibat didalam pembelian kapal selam Scorpene
👉1) Yang mencadangkan pembelian kapal selam ialah
a) Mokhzani Mahathir dan 
b) Ibrahim M…

APA SEBENARNYA TUN MAHATHIR MAHU?

TS Zeti dan Tun Daim telah mengakui ekonomi negara kekal kukuh dan rezab simpanan negara mempunyai rm436 billion, tertinggi dalam sejarah negara!
Terbaru Tun Mahathir telah membuat kenyataan yang mana 1MDB ...penubuhan siasatan diRaja ( RCI ) tidak perlu kerana tiada bukti kukuh untuk disabitkan kesalahan pada Najib.
Kini semuanya sudah nyata dan jelas..100% sebelum ini isu2 tersebut telah di politikkan kerana ada sesuatu yang tersembunyi hanya Najib dan Mahathir sahaja yang mengetahui.
Dulu Mahathir kata Najib dan kerajaan BN perlu ditumbangkan untuk menyelamatkan negara dari MUFLIS  dan juga tak mahu aset2 negara dijual ke negara luar. 
Malah dengan konsisten mengatakan Najib penyamun dan pencuri harta rakyat serta mengayakan keluarga mereka.
Hanya 5 hari sahaja Mahathir dapat kuasa..segalanya sudah terjawab hanya dengan kenyataan Zeti dan Daim sahaja.
Adakah Mahathir jujur dengan perjuangan agama bangsa dan negara?
Dalam sejarah satu permainan politik yang amat kotor...fitnah, pembohongan…