Hutang isi rumah Malaysia susut berdasarkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara (#KDNK) yang mengatasi pertumbuhan hutang pada September 2017 sekaligus menunjukkan peningkatan ekonomi pada tahun ini.
Pada akhir September 2017, pertumbuhan KDNK adalah 5.9% mengatasi pertumbuhan hutang pada 4.9%. Ini bermakna rakyat mempunyai lebih banyak pendapatan boleh guna untuk membayar pinjaman.
Ini adalah hasil bukan sahaja dari peningkatan ekonomi Malaysia tetapi juga pasaran tenaga kerja yang baik serta gaji minimum ditetapkan meningkat tahun depan, selain kadar pengangguran rendah pada 3.4% setakat Oktober 2017.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Salleh Said Keruak berkata pertumbuhan ekonomi negara bukanlah sekadar perangkaan malah diperakui oleh institusi kewangan antarabangsa dan kebanyakan firma penyelidikan global.
Bagaimanapun kerajaan menyedari keperluan untuk membantu khususnya kumpulan berpendapatan rendah dan telah melaksanakan pelbagai dasar seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (#BR1M).
Nota kaki
Hanya pihak pembangkang sahaja yang berdendang siang dan malam dengan wirid KOS SARA HIDUP MENINGKAT. GST MENEKAN RAKYAT. NAJIB MENDERA RAKYAT DAN SEBAGAINYA.
Padahal rakyat hari ini hidup dalam keadaan selesa dan mewah. Berbeza dengan kehidupan di zaman regim Mahathir.
Mahathir menjadi perdana menteri dari tahun 1981 hingga 2003. Di bawah pentadbiran dan pengurusan beliau rakyat hanya jadi tukang sorak dan tukang angguk.
Rakyat didendangkan dengan gurindam dan seloka pantun yang penuh mengasyikkan.
Mahathir menakutkan rakyat Malaysia terhadap politik Dap dan Pas.
Kini dia telah pun memohon maaf kepada Anwar Ibrahim (PKR) dan DAP atas segala tuduhan dan cemuhan terhadap dua parti pembangkang tersebut, cuma tidak kepada Pas.
Berbalik kepada kos sara hidup zaman Mahathir.
Zaman beliau gaji kakitangan awam sememangnya rendah. Jadi pinjaman membeli rumah dan kereta jauh lebih rendah berbanding dengan hari ini.
Dahulu untuk membeli sebuah kereta Proton saga had kelulusan pinjaman daripada perbendaharaan negara hanyalah RM 17 000. Pinjaman perumahan sekadar RM 70 000 untuk kakitangan awam biasa.
Gaji jangan sembang lah. Apabila Pak Lah ambil alih pentadbiran negara barulah kakitangan awam merasa hidup senang. Mampu beli rumah berharga RM 400 000. Rumah lama diubahsuai. Kereta mula bersusun dua tiga biji dirumah rumah penjawat awam.
Masuk pulak bab haji dan umrah. Selepas Pak Lah jadi PM jumlah pencarum dan yang mendaftar haji semakin bertambah. Rombongan umrah semakin meningkat setiap minggu setiap bulan. Berbeza dengan zaman Mahathir. Dahulu jika ke lapangan terbang Subang dan kemudiannya KLIA dan KLIA2 jarang sangat bertembung dengan rombongan umrah, kini setiap hari ada jemaah umrah. Yang kena tipu dengan pakej umrah pun berjumlah jutaan ringgit.
Begitu juga dengan ibadah korban. Zaman Mahathir majlis korban sangat kurang. Kini harga Lembu sudah meningkat RM 3500 seekor, tahun ini dan tahun akan datang boleh mencecah RM 5000 seekor.
Ini menunjukkan zaman Pak Lah dan Najib Razak rakyat hidup mewah.
Peluang menambah pendapatan hari ini cukup luas, sesiapa saja yang rajin berusaha akan hidup senang. Ada otak guna. Ada tukang 4 kerat kena guna. Ada otak kena pikir. Orang lain boleh hidup senang kenapa tidak kita.
Seperkara lagi janganlah mudah percaya cerita dongeng pembangkang.
Seorang pemandu Grab car mampu meraih pendapatan antara 5 hingga 10 ribu sebulan. Nah!!! Nak apa lagi.
#RespectMyPM #KekalBN #NegaraKu #1Malaysia #SehatiSejiwa
Sumber: https://goo.gl/sjUjcN