Seantero dunia menyaksikan persembahan drama PPBM yang mengadakan AGM kali pertama mereka secara terbuka pada awalnya di Shah Alam kelmarin.
Sebelum ini PPBM mendakwa bahawa mereka telah berjaya melaksanakan AGM mereka tetapi tidak diterima oleh ROS kerana kehadirannya cuma 12 orang.
Mahu atau tidak PBBM terpaksa akur dengan arahan ROS untuk mengadakan semula buat kali kedua.
Tahniah diucapkan kepada PPBM. Pun begitu masih tercalar dengan kejanggalan yang dipertontonkan kepada khalayak.
Hanya melalui media cetak dan elektronik kita dapat juga mengikuti perkembangan semasa AGM mereka.
Awal awal lagi sudah nampak keganjilan nya apabila bukan presiden memulakan ucapan dan kemudiannya barulah ruang diberikan kepada Presiden parti.
Lebih melucukan apabila Presiden mahu Penasihat parti PBBM iaitu Mahathir dilantik oleh PAKATAN untuk menjadi perdana menteri Malaysia selepas pakatan mencapai kemenangan dalam pilihan raya umum akan datang.
Sebenarnya tindakan dan kenyataan Muhyiddin itu hanya mahukan ahli PPBM yang hadir ke mesyuarat tersebut sedar bahawa dialah sepatutnya disebut sebagai bakal perdana menteri Malaysia selepas pakatan mencapai kemenangan.
Tak tahulah apa yang dibahaskan oleh perwakilan mereka selepas itu.
Mungkin ada perwakilan yang mahukan Muhyiddin sebagai perdana menteri terutama ahli dari Johor.
Jika tak ada yang mencadangkan dan membahas isu jawatan perdana menteri milik Muhyiddin maka sia sia lah dan musnahlah karier politik anak ustaz Yasin.
Mengikut kenyataan Dap, parti chauvinis zionis pembangkang nombor 1 Malaysia, mereka menyokong pemilihan Mahathir sebagai perdana menteri maka dengan demikian berakhirlah karier politik Muhyiddin Yassin.
Dalam Dap dinasti Lim Kit Siang akan mewariskan kuasa kepada Lim Guan Eng. PKR pula mahu mewariskan kuasa kepada Nurul izzah. Mahathir pula tak lain dan tak bukan hanyalah untuk Mukhriz. Jadi hancur musnahlah impian Muhyiddin.
Sekian.