Setelah membaca artikel ini ramai kawan-kawan yang tersenyum sinis dengan tindakan pihak Mahathir menyaman Suruhanjaya Diraja yang ditubuhkan untuk menyiasat kes perjudian Forex dibawah bawah pentadbiran Mahathir.
Sepatutnya Mahathir berdiam diri dan menunggu siasatan polis, tak perlu terburu-buru dan melatah.
Tindakan tergopoh gapah Mahathir menunjukkan dirinya bersalah dalam kehilangan RM 31 Bilion ketika beliau berkuasa.
Kita semua tahu bahawa isu kehilangan wang negara tersebut telah ditimbulkan oleh parti-parti pembangkang sejak Mahathir menjadi perdana menteri.
Namun segala tuduhan yang dilemparkan oleh pemimpin pembangkang tidak pernah mendapat jawapan Mahathir ketika itu.
Malah laporan tahunan Bank negara malaysia pun tidak menunjukkan sebarang kehilangan atau kerugian yang dialami oleh kerajaan Barisan nasional sebelum ini.
Isu Forex terus dijadikan sebagai modal politik pembangkang dalam usaha mereka untuk menawan Putrajaya dalam PRU 13 lalu.
Segala usaha pembangkang tidak berjaya untuk menumbangkan kerajaan Barisan nasional dan BN berjaya merampas kembali negeri Kedah yang kalah pada PRU ke 12. Undi kepada Umno terus meningkat.
Usaha pembangkang untuk menggunakan isu Forex terus dijadikan topik utama mereka selain isu 1MDB, Felda dan sebagainya
Atas tindakan pihak pembangkang jugalah kerajaan bersetuju untuk mengadakan satu Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat kes perjudian Forex ini. Ia bukanlah satu tugas mudah yang dilakukan suatu siasatan terhadap kes yang sudah berlalu.
Namun usaha tersebut berjaya dilaksanakan oleh RCI walau pun ada saksi yang sudah uzur dan tidak mampu untuk memberikan keterangan.
Tahniah kepada kesemua 6 anggota RCI yang telah menunaikan tanggungjawab mereka dengan satu laporan yang komprehensif untuk diserahkan kepada istana.
Justeru satu laporan polis telah dibuat oleh setiausaha RCI untuk menyiasat kes perjudian Forex dibawah bawah pentadbiran Mahathir.
Selain daripada rasa bersalah Mahathir berkemungkinan cuba menyelamatkan sekutu barunya iaitu Lim Kit Siang daripada disoal siasat oleh Polis, kerana isu Forex ditimbulkan oleh Dap. Apabila Kit Siang disiasat maka lah perkara-perkara akan diungkitkan dan dikorek maka segala yang tersembunyi akan diketahui umum seperti siasatan kes liwat dan salahguna kuasa oleh bekas timbalan perdana menteri satu ketika dahulu.
Peribahasa melayu ada menyebut bahawa berani buat berani tanggung dan satu lagi biasa kita dengar iaitu berani kerana benar dan takut kerana salah.
Jadi, dalam situasi ini kita sudahpun nampak siapa yang bersalah dan siapa yang takut.
Relaks lah tok wan! Banyakkan bersabar dan bertaqwa kepada Allah, mohon ampun dan maaf kepada seluruh umat islam yang teraniaya selama 22 tahun dibawah bawah pentadbiran Mahathir. Insyaallah semoga Allah menerima taubat mereka sesungguhnya Allah maha pengampun lagi maha penyayang.
Teruskanlah bacaan anda ....
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini memfailkan saman pemula terhadap enam anggota Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai kerugian pertukaran asing pada tahun 1990-an kerana ia dikatakan tidak lengkap.
Beliau menamakan semua enam anggota RCI iaitu Tan Sri Mohd Sidek Hassan, Datuk Wira Kamaludin Md Said, Datuk Seri Tajuddin Atan, Tan Sri Saw Choon Boon, K Pushpanathan dan Datuk Yusof Ismail bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, kabinet dan kerajaan sebagai defendan.
Saman itu difailkan oleh firma undang-undang Haniff Khatri di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Mahathir memohon pengisytiharan bahawa laporan RCI tidak sah mengikut undang-undang dan tidak boleh diterima kerana ia tidak termasuk semua kenyataan saksi atau keterangan mereka yang hadir termasuk permintaan bertulis atau lisan dalam bentuk transkrip atau rakaman video dan hujah yang dibuat oleh peguam.
Beliau juga memohon kos saman ditanggung oleh defendan.
Mahathir dalam surat tuntutannya pada 4 Disember lalu mendakwa bahawa laporan setebal 495 muka surat itu tidak memasukkan transkrip semua saksi, hujahan dan bukti. Beliau juga memberikan RCI tarikh akhir 8 Disember untul memasukkan semua itu dalam laporannya.
Saman pemula itu menyatakan bahawa tujuan permohonan adalah kerana bahawa beliau menganggap laporan RCI tersebut sebagai tidak sah dan tidak lengkap tanpa dokumen-dokumen dilampirkan bersama terhadap laporan akhir bertarikh 13 Oktober tahun ini.
Ini termasuk transkrip saksi yang memberikan keterangan atau rakaman video yang tidak dilampirkan bersama, termasuk semua permohonan yang dibuat oleh pelbagai pihak, dan bukti dalam bentuk dokumentasi juga tidak dimasukkan.
Read more at https://m.malaysiakini.com/news/405941#ofkb58oppk3VvhEy.99