Sabtu, 2 Disember 2017

Pengundi Parlimen Batu Pahat Akan Undi BN Pada PRU 14





Pada akhir September lalu, 3 pimpinan PKR Cabang Batu Pahat iaitu Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Bendahari dan Ketua Penerangan hari ini mengisytiharkan keluar parti dan memohon menyertai UMNO.

Mohd Firdaus Esa, Mohd Azhar Ahmad dan Mohd Hafizi Johari bersama empat lagi ahli PKR cabang itu mengumumkan keluar parti dan memohon menyertai UMNO selepas hilang kepercayaan dengan pimpinan PKR dan Ahli Parlimen Batu Pahat, Datuk Mohd Idris Jusi.

Mohd Firdaus, berkata mereka keluar parti selepas kecewa dengan kepimpinan PKR Cabang Batu Pahat dan kepimpinan PKR negeri yang didakwanya tiada lagi agenda membela nasib rakyat terutama orang Melayu.

"Kami juga hilang kepercayaan terhadap Ahli Parlimen Batu Pahat yang ternyata lebih banyak menghilangkan diri daripada berkhidmat pada rakyat selepas memenangi Pilihan Raya Umum ke-13.

"Ia menyukarkan kami turun padang untuk berkhidmat kepada rakyat kerana tidak pernah sekali pun diberikan peruntukan atau dana untuk disalurkan kepada masyarakat memerlukan di Batu Pahat.

"Malah saya terpaksa pula bergerak menerusi badan bukan kerajaan (NGO) Suara Anak Muda (SAM) Batu Pahat yang diwujudkan khas bagi membantu rakyat memerlukan di kawasan Parlimen Batu Pahat," katanya kepada BH.

Terdahulu Mohd Firdaus disertai Mohd Azhar dan Mohd Hafizi bersama empat ahli PKR Batu Pahat menyerahkan borang keahlian UMNO kepada Ahli Jawatankuasa UMNO Batu Pahat, Daeng Faris Daeng Fatah.

SIAPAKAH AHLI PARLIMEN BATU PAHAT HARI INI?


MP Batu Pahat tidak lah sehebat MP Pandan, MP Bukit Katil, MP Kapar atau MP Subang yang handal berbahas dalam dewan dengan putar belit dan kelentong yang menjadi  MP Batu Pahat akhit-akhir ini saja rajin bangun untuk turut berhujah, dari mula menjadi MP sejak menewaskan Dato Dr Fuad Zarkashi dia seperti tunggul saja dalam dewan. 

Beliau adalah seorang guru dan bekas timbalan pengarah BTN zaman Anwar berkuasa dalam Umno dahulu.  Ketika itu ramai guru berjaya dibawa masuk oleh Anwar ke BTN untuk menaikkan kerjaya Anwar Ibrahim.

Kesetiaan yang tidak berbelah bagi kepada bekas boss nya menyebabkan beliau dipilih untuk menjadi calon MP Batu Pahat 2013 dan menang dengan majoriti 1732 undi. 

Maka bermulalah zaman kegelapan buat penduduk Batu Pahat. Masalah penduduk tidak terbela, Sememangnya beliau tidak mempunyai sebarang agenda untuk memajukan dan membantu rakyat kerana PKR pusat tidak mempunyai dana untuk membantu rakyat.  Sebab itu lah nama beliau tidak tersenarai sebagai ahli politik yang memiliki aset tertinggi.


MP Batu Pahat juga pernah menjadi bahan lawak di dalam dewan rakyat dengan cerita telur ayam yang mahal kerana GST.  Ternyata beliau bukan lah MP yang bermaklumat dan peka dengan keadaan semasa. 2 tahun sebelum perlaksanaan  GST pada 1 April 2015, pelbagai bentuk maklumat GST telah dibuat oleh KPDNKK dan juga Kastam. MP Batu Pahat sepatutnya faham bahawa ikan, sayur, dan bermacam-macam barang keperluan harian adalah barang yang dikategorikan sebagai Zero GST.
Cerita telur ayam kena GST ini boleh di baca dalam Sinar Harian pada tarikh 25 Mac 2015

Ekoran daripada krisis dalam parti PKR Batu Pahat menyebab beberapa pegawainya keluar parti dan menyertai Umno telah merisaukan Idris Jusi dan beliau terpaksa menjemput orang kuat PKR untuk turun buat road show baru-baru ini. 

Sayangnya Azmin Ali yang lantang berceramah di beberapa daerah terutama di Batu Pahat telah terpalit dengan skandal rasuah terbaru yang melibatkan proksinya iaitu anak saudaranya sendiri Fadli Said, yang masih muda tetapi berjaya mengumpul kereta mewah dan wang tunai RM4 juta sewaktu ditahan oleh SPRM. 


Sebelum ini pegawai khas MP Ampang dari PKR juga ditahan oleh SPRM kerana memiliki beberapa buah kereta mewah dan banglo ala Disneyland. Selain itu Hilman Idham yang juga pegawai khas Azmin juga dikatakan lebih kaya daripada AMK Ampang.


Ia menambah parah lagi buat PKR Johor yang bercita-cita untuk menguburkan UMNO di bumi kelahirannya iaitu di Istana Johor. Sekali gus segala isu ceramah Azmin untuk menggantikan Umno yang rasuah ibarat meludah ke langit.