Kita sedia maklum bahawa Dap sememangnya anti Mahathir dan Anwar Ibrahim. Dalam Dap dua pemimpin kanan iaitu Karpal Singh dan Kim Kit Siang dapat menghidu kerugian FOREX sejak awal lagi. Mungkin maklumat sulit scandal kerugian pelaburan tersdbut telah dibocorkan oleh pihak dalaman BNM atau dikalangan pejabat Kementerian Kewangan sendiri.
Karpal Singh pernah dikatakan akan menangkap Mahathir sekiranya pembangkang berkuasa.
Apabila forum FOREX diadakan pada tahun 2012 di Pulau Pinang Anwar Ibrahim berjaya kelentong Dap untuk sama sama membongkarkan skandal tersebut seolah dia tidak terlibat.
Tindakan Anwar ternyata silap kerana hasil daripada forum 2012 terus menjadi bualan ramai sehingga akhir 2016 walaupun tujuan sebenar forum tersebut adalah kempen Pakatan rakyat untuk menawan Putrajaya.
Apabila PM Najib mengambil alih jawatan daripada Pak Lah. Pentadbiran baru berjaya menyelongkar banyak kesilapan era Mahathir.
Kerisauan mula melanda kepada diri Mahathir apabila kelemahan era nya terdedah satu persatu.
Shamsul Iskandar MP Bukit Katil dalam blognya juga mendedahkan 10 kesilapan besar pentadbiran Mahathir pada mac 2012.
Boleh dikatakan skandal Forex terus menjadi topik utama ceramah Pakatan rakyat walaupun pru 13 sudah berakhir.
Langkah selamat buat Mahathir ialah dengan menentang Najib dan menyertai barisan pembangkang. Mahathir tahu polisi pembangkang akan menerima sahaja sesiapa sahaja tanpa syarat dan segala dosa individu itu akan bersih selepas dibaptiskan oleh pakatan. Ia bukan perkara baru. Ramai orang Umno dan BN yang keluar parti diterima baik oleh pembangkang.
Mahathir dalam satu kenyataan media menyalahkan kegagalan forex adalah berpunca daripada kegagalan melihat kesan perjanjian Maastricht.
Selepas laporan RCI mengenai Forex diumumkan isnin lepas. Tekanan lebih parah buat .Mahathir kerana dengan sengaja menyembunyikan kerugian tersebut dengan mengubah suai laporan tahunan BNM agar kelihatan bersih daripada sebarang kekotoran.
Allah maha kaya dan maha adil. Sekarang bersedia lah Mahathir untuk berjawab di mahkamah. Anwar Ibrahim juga tidak terlepas. Begitu jugalah dengan Daim Zainuddin yang mempergunakan Nor Yaakob.
Guan Eng dalam dewan rakyat beberapa hari lepas meminta isu RCI dibahaskan dalam sidang kerana ianya amat serius dan membabitkan bekas perdana menteri, namun usaha beliau gagal kerana permohonannya adalah dibuat secara ad hoc .
Yang pasti hubungan Dap dengan PPBM akan terjejas untuk kempen PRU 14.
Sekian.
Sekian.