Isnin, 11 Disember 2017

SPRM Terus Berusaha Membasmi Rasuah



IPOH: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjumpai wang tunai berjumlah hampir RM1 juta dan barang kemas yang disorokkan di dalam kotak kasut dan peti besi oleh bekas Ketua Polis Daerah Taiping.

Pegawai berpangkat Asisten Komisioner (ACP) berusia 59 tahun itu ditahan petang kira-kira 7.30 petang semalam (Khamis) di Pejabat SPRM Perak selepas dipercayai terlibat rasuah dan menyalahgunakan kedudukan.

Turut ditahan isterinya, suri rumah berusia 54 tahun dan seorang ahli perniagaan wanita berusia 34 tahun.

Menurut sumber, suspek dipercayai menerima wang rasuah kira-kira RM70,000 melalui akaun bank milik isterinya daripada seorang ahli perniagaan wanita.

Ahli perniagaan tersebut yang disyaki mempunyai kepentingan dengan Ketua Polis Daerah Taiping Perak tersebut dipercayai telah memberikan sejumlah wang untuk majlis perkahwinan anaknya Februari lalu.

"Ahli perniagaan tersebut telah memasukkan wang sebanyak RM70,000 ke dalam akaun isteri pegawai polis tersebut dengan dua transaksi iaitu RM20,000 dan RM50,000.

"Susulan tangkapan tersebut, satu penggeledahan telah dibuat di rumah pegawai polis tersebut dan pasukan penyiasat telah menjumpai wang tunai berjumlah hampir RM1 juta dalam kotak kasut, peti besi berserta barang kemas," katanya kepada Astro AWANI.

Sementara itu, Pengarah Kanan Jabatan Siasatan SPRM, Datuk Simi Abdul Ghani ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut.

Ketiga-tiga suspek direman lima hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 16 (a)(A) ASPRM 2009 bagi membantu siasatan.

NOTA KAKI.

Harap SPRM dapat menyiasat seorang lagi pesara sebuah jabatan kerajaan berpangkat rendah yang memiliki rumah banglo mewah, menuruh orang tempatan rumah tersebut dipanggil banglo N17.  Entah ya , entah tidak, hanya SPRM yang boleh mengesahkannya.

Ada pula cerita kisah pegawai kerajaan di Pantai Remis hidup mewah, Harap SPRM tolong lah jengok-jengok dan tenang tenang...