Isnin, 15 Januari 2018
MAHATHIR BERTANDING DI LANGKAWI????
Mahathir Mohamed menolak tawaran anak angkatnya Azmin Ali untuk bertanding di Parlimen Gombak dan membuat ketetapan untuk bertanding di Pulau Langkawi.
Persoalannya kenapa Azmin sanggup menawarkan tempatnya untuk Mahathir dan mengapa Mahathir memilih Langkawi untuk bertanding kerusi parlimen?
Motif Mahathir kembali ke arena politik ialah untuk menjatuhkan Dato Seri Najib Razak, maka amat wajar Mahathir melangkah dengan penuh berani untuk mengalahkan Najib di Pekan.
Melarikan diri ke Langkawi boleh lah dianggap Mahathir sudah tiada tempat untuk bertanding. Kita sedia maklum bahawa Kubang Pasu adalah kubu kuat Mahathir buat sekian lama.
Akan tetapi Mahathir tahu bahawa orang Kubang Pasu sudah tekad untuk menolak Mahathir kerana pembelotannya bersekongkol dengan parti pembangkang terutama Dap. Orang Kubang Pasu berpegah teguh kepada Umno bukannya individu. Mahathir sudah dilabelkan sebagai manusia yang tidak mengenang budi
Sebelum ini pakar strategis parti bunga optimis Mahathir mempunyai peluang cerah untuk menang di Kubang Pasu tetapi tidak untuk hari ini, Oleh itu Langkawi menjanjikan peluang terakhir buat beliau.
Mahathir mengemis kepada orang Langkawi agar mengenang jasanya memajukan Langkawi sebagai destinasi pelancongan dunia, Mahathir berharap usahanya menganjurkan LIMA dan Tour De Langkawi dapat membantunya untuk menang.
Apakah Mahathir boleh menang di Langkawi?
Langkawi adalah kubu kuat Barisan Nasional, pengundi Langkawi bersikap rasional dalam politik, mereka memilih parti bukan taksub kepada seseorang individu. Hari ini parlimen Langkawi diwakili oleh Dato Ir Nawawi Ahmad sejak 2013.
Akhir kata Karier politik Mahthir akan berakhir di Langkawi , beliau tak akan menang pun. 22 tahun menjadi perdana menteri sudah cukup untuk menilai kesilapan dan pembohongan beliau. Selama 22 tahun rakyat Malaysia tertipu dengan propagandanya yang mengkayakan kroni dan kaum keluarga ipar duai. Cukup-cukup lah Malayu tak akan MUDAH LUPA ....