Rumah pasangan |
Mangsa berusia 38 tahun meninggal dunia di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh pada pukul 9.30 malam kelmarin setelah dirujuk ke hospital berkenaan selepas disyaki mengalami pendarahan dalaman otak.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohamad Taib berkata, suami mangsa yang berusia 40 tahun ditahan selepas membuat laporan polis di Balai Polis Kuala Sepetang pada pukul 9.15 pagi Jumaat.
Menurut beliau, suami mangsa memberitahu bahawa dia telah memukul isterinya sehingga cedera dan tidak sedarkan diri dan mangsa dihantar ke Hospital Taiping dengan menggunakan ambulans.
Beliau berkata, hasil bedah siasat yang dilakukan pagi ini mendapati punca kematian adalah disebabkan oleh kecederaan kepala akibat trauma tumpul.
“Kes pada awalnya disiasat di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan. Suami mangsa direman selama tiga hari sehingga esok.
“Bagaimanapun, tangkapan akan dimohon untuk disambung reman pada esok untuk siasatan lanjut. Kes telah diklasifikasi semula di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya di sini semalam.
TAIPING – Gara-gara mengesyaki isteri menjalin hubungan dengan lelaki lain, seorang buruh tergamak membelasah isterinya sehingga wanita malang berkenaan menemui ajal dalam kejadian di rumah pasangan itu di Matang dekat sini malam Khamis lalu.
Dalam kejadian pada pukul 9.30 malam, Noor Waheedah Abd. Wahab, 38, yang merupakan seorang suri rumah dan ibu kepada empat orang anak dihantar ke Hospital Taiping sebelum dirujuk ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh akibat mengalami kecederaan parah di kepala.
Bagaimanapun, selepas dua hari dirawat di HRPB, wanita itu gagal diselamatkan dan disahkan meninggal dunia semalam.