Selasa, 9 Januari 2018

Pemuda PH mahu siar EPL di RTM?



Baru-baru ini Ketua Pemuda PH Nik Nazmi Nik Ahmad peminat tegar pasukan Liverpool menyuarakan hasrat beliau untuk RTM menyiarkan siaran langsung secara percuma stesen TV milik kerajaan seandainya mereka memerintah.

Ini adalah satu strategi PH untuk memancing undi anak muda terutama mereka yang mula mengundi buat kali pertama.

Ini lah retorik pembangkang, GST mahu dihapuskan dan kembali kepada SST sedangkan kita tahu cukai SST adalah lebih tinggi cukainya antara 10 hingga 16 peratus, mereka juga mahu harga kereta diturunkan, minyak petrol juga mahu murah, PTPTN ditukar kepada biasiswa dan bermacam-macam retorik karut marut.

Ikut mereka semua nak di bagi free, tetapi bagaimana dengan perolehan pendapatan negara?

RTM dahulu kala pernah menyiarkan EPL setiap petang tetapi bukan secara live pada 60/ 70an.

RTM juga terlibat menyiarkan bola sepak piala dunia tetapi tidak semua perlawanan. Oleh itu ilham seorang anak muda Malaysia telah mencadangkan agar rakyat menghulurkan derma RM1.00 seorang sebagai penaja perlawanan bola sepak piala dunia Fifa 1982.  Ianya kerana kurangnya penajaan ketika itu. Kisah tersebut boleh dilihat dalam link ini ( KLIK)

Kini hak penyiaran EPL adalah hak milik Astro sehingga 2019. Jadi amat lah tidak logik janji PH untuk menyiarkan EPL jika mereka menang PRU 14.