Selasa, 9 Januari 2018

Dayabumi Projek Kemegahan Mahathir



Kompleks Dayabumi merupakan salah satu bangunan pencakar langit di Kuala Lumpur yang dibina oleh Mahathir Mohamad setahun selepas memegang jawatan perdana menteri.

Ia terletak berhampiran Masjid Negara, stesen kereta api lama dan Rumah Persekutuan di Jalan Sultan Hishamuddin. 

Reka bentuknya berteraskan senibina Islam iaitu corak bintang segi lapan, pintu gerbang dan bawah menara.

Bangunan setinggi 35 tingkat ini siap dibina pada 1984 dan menempatkan pejabat syarikat multi nasional Petronas. Di sebelahnya ialah Pejabat Pos Besar, Stesen Komuter KTM , kompleks beli-belah Point .

Dahulunya, menara Dayabumi ini adalah tapak bengkel dan depot Keretapi Tanah Melayu dari 1900 hingga 1981. 

Kompleks Dayabumi telah direka oleh Arkitek MAA dan Arkitek BEP Landskap luar dana dalaman direka oleh Peter Verity. 

Projek pembinaan diserahkan kepada sebuah syarikat pelaburan dari Jepun iaitu Kumagai Gumi dan Syarikat milik Zenecon Bumi SB sister in law Mahathir Hajah Saleha Ali. Kos pembinaan menara tersebut sekitar  RM 500 juta . 



Rupa-rupanya tok wan dah balun tanah milik KTM  awal-awal lagi.  Kalau Pegawai Daerah bagi projek kepada adik ipar sudah tentu kena cekup oleh SPRM.