Isnin, 22 Januari 2018

Pertikai Jemaah Haji 1MDB, Mahathir Buat Kerja Tuhan

Tidak habis-habis nak pertikaikan ibadah orang lain. Minggu lepas, Mukhriz telah ditegur oleh mufti kerana mempertikai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak masuk ke dalam Kaabah, kini giliran bapanya pula, Mahathir pertikai jemaah haji 1MDB yang pergi Mekah.

Mahathir mendakwa duit yang diguna jemaah haji 1MBD pergi haji adalah duit curi. Mahathir kata duit 1MDB adalah haram dan tidak boleh digunakan untuk menunaikan ibadah haji. Mahathir buat tuduhan terbaru itu ketika berceramah atas pentas DAP di Pendang pada hari Sabtu lepas.

Entah kenapa Mahathir yang kini menjadi pengerusi Pakatan Harapan (PH) tidak senang duduk apabila mendengar mengenai 1MDB hinggakan jemaah haji yang langsung tiada kena-mengena dalam isu itu dikatakan tidak  mendapat haji mabrur.

Disebabkan marah sangat dengan Perdana Menteri, beliau sanggup memberi perumpamaan ‘menyembelih babi’ yang haram bagi umat Islam disamakan de­ngan ibadah haji yang ditanggung 1MDB. Teruk sangat perumpaan yang Mahathir beri ini.

Ini bukan pertama kali Mahathir menghina ibadah jemaah haji 1MDB. Pada 30 Disember 2016, di Taman Wira Mergong, Alor Setar, Mahathir turut buat tuduhan yang sama. Cakap jemaah haji yang ditaja oleh 1MDB sebagai haji tidak mabrur. Mufti pun tegur Mahathir selepas itu. Kemudian ulang lagi tuduhan yang sama terhadap jemaah haji 1MDB pada hari Sabtu lepas.

Apakah Mahathir boleh mengeluarkan fatwa sedemikian rupa? Kenapa beliau begitu anti sangat hinggakan boleh mengeluarkan hukum sedemikian rupa? Jika diikutkan dosa dan pahala, kenapa beliau tidak membenarkan isterinya, Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali memakai tudung?

Ia bukan fitnah sebaliknya Siti Hasmah sendiri yang mendedahkan kepada portal pembangkang, Malaysiakini pada November tahun lepas mengenai suaminya yang tidak membenarkannya memakai tudung selepas balik dari Mekah.

Bukan Mahathir tidak tahu bahawa Islam mewajibkan wanita menutup aurat. Bagaimanapun pula dengan gambar cucunya, Othman Mirzan yang memeluk anjing baru-baru ini sehingga menjadi viral? 

Tetapi apa yang menjadi kemarahan orang ramai ialah bagaimana beliau boleh menjatuhkan hukum bahawa jemaah haji yang menunaikan ibadah berkenaan atas tajaan 1MDB tidak mendapat haji mabrur dan menggunakan duit curi.

Sudah beberapa kali Mahathir ditegur oleh mufti kerana pandai-pandai mengeluarkan fatwa seperti itu, tetapi beliau tidak menghiraukannya malah dalam ceramah di Kampung Bukit Jambul, Kedah pada hari Sabtul lepas, Mahathir sekali lagi membangkitkan isu berkenaan.

Ia menyebabkan Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad sekali lagi menegur calon Perdana Menteri Pakatan Harapan itu.

“Kita tidak boleh komen kerana itu terletak pada keadilan Allah SWT. Mabrurnya ibadah seseorang itu adalah dalam pertimbangan Allah. Macam mana Dr. Mahathir boleh keluarkan hukum begitu.

“Apatah lagi usaha kerajaan untuk membawa orang yang tidak berkemampuan menunaikan haji adalah satu kebajikan dan tugas untuk bantu rakyat. Sama ada dana 1MDB diragukan atau tidak, tidak berbangkit untuk tentukan mabrur atau tidak,'' katanya kepada Mingguan Malaysia semalam.

Seramai 5,711 jemaah haji dengan tajaan sebanyak RM57 juta telah ditaja oleh 1MDB sejak lima tahun lepas. Dalam satu kenyataan media pada 10 Januari 2017 lagi, 1DMB telah menjawab tuduhan haji tidak mabrur yang dituduh oleh Mahathir itu.

"Dana yang dijana melalui operasi perniagaan ini disumbangkan kepada Yayasan 1MDB, yang kemudian menggunakannya bagi menaja Program Khas Haji. Sejak penubuhannya pada 2010, Yayasan 1MDB menaja kerja amal bernilai lebih kurang RM690 juta di seluruh Malaysia dan bagi semua rakyat Malaysia, melaksanakan kira-kira 60 projek dalam bidang pendidikan, penjagaan kesihatan, pembangunan belia dan khidmat masyarakat. Projek seperti ini memberi kesan terhadap kehidupan 2.8 juta rakyat Malaysia," tulis kenyataan 1MDB pada 10 Januari 2017.

Daripada sejumlah dana RM690 juta itu, sejumlah RM57 juta telah digunakan oleh 1MDB. Ini bermakna kira kira 8.2% digunakan untuk taja jemaah haji. Setiap syarikat membuat  Coporate Social Responsibility, CSR, sama juga seperti 1MDB.

Mahathir sudah terdesak sudah. Bila ceramah di Kedah sahaja, asyik hina jemaah haji 1MDB kononnya pakai duit curi dan tidak mabrur. Kenapa hendak hina ibadah orang lain untuk menagih undi. DAP senyum sahaja lihat apa yang Mahathir tuduh ini. DAP seronok melihat Mahathir jadi ‘screw’ Melayu.

Soal dosa pahala orang adalah kerja Tuhan. Jangan kita ambil kerja Tuhan. Itu yang dipesan oleh mufti.

Rakyat kena percaya cakap mufti mengenai hukum agama, jangan percaya cakap orang yang sudah kena “screw” dengan DAP. Semalam pun, sudah dipesan oleh Presiden Aswaja, haram bagi umat Islam sokong DAP. Inilah jadinya bila sudah jadi boneka DAP, sanggup buat apa sahaja demi mendapatkan kuasa.
 

Tulisan :
Beruang Biru
BB748, Isnin
22 Januari 2018

Tiada ulasan:

Catat Ulasan