Rabu, 28 Februari 2018
HIDUP DALAM KETAKUTAN DI ZAMAN MAHATHIR
" HIDUP DALAM KETAKUTAN "
Merujuk kepada artikel terbaru Tun M bertarikh 23 Februari 2018, izinkan saya kongsikan sedikit pengalaman ketika berada dalam perjuangan bersama Tun M sejak Ogos 2015 hingga September 2017.
Ketika video saya mengkritik Presiden UMNO tular di media sosial, ramai yang menasihati saya supaya menjaga keselamatan diri kerana bimbang dicederakan, dikenakan sihir, diletupkan dengan bom, dipenjarakan dan bermacam lagi andaian.
HAKIKATNYA TIADA APA YANG BERLAKU KE ATAS SAYA WALAUPUN SAYA TELAH MEMFAILKAN SAMAN SIVIL DI MAHKAMAH TINGGI DAN MEMFAILKAN RAYUAN DI MAHKAMAH RAYUAN KE ATAS PERDANA MENTERI MALAYSIA BERKAITAN KES DERMA POLITIK RM 2.6 BILLION. DS NAJIB RAZAK TIDAK PERNAH MENGUGUT, MENGANGGU ATAU MEMENJARAKAN SAYA.
Bahaya sebenarnya, bukanlah berada di negara Malaysia ini tetapi di dalam PPBM itu sendiri. Bangun pagi saya sudah fikir apakah lagi fitnah yang akan muncul hari ini. Adakah wanita dari Langkawi ini akan terus difitnah, adakah PPBM akan menjadi padang jarak padang terkukur selama 7 keturunan? (Tidak mungkin selama itu kerana mereka sudah seperti tong sampah yang menempatkan segala bahan “reject” UMNO. Sekejap nanti reputlah ia).
Saya juga dijadikan mangsa kerakusan politik apabila Mukhriz Mahathir maklumkan bahawa saya tidak disyorkan terus menjadi Ketua Srikandi PPBM, tetapi apabila saya minta dia gugurkan senua jawatan saya, dia enggan berbuat demikkan dengan alasan tiada bukti.
Kenudian saya juga difitnah menerima RM 7 juta dari UMNO. Langsung tidak dibela oleh sesiapa kerana takut kepada pucuk pimpinan parti. Cikgu Kamarul seorang sahaja yang pernah membela saya sebelum itu tetapi akhirnya cikgu dianiaya oleh blok Mukhriz di negeri sembilan. Begitu lah bahayanya hidup di dalam PPBM. Sesiapa yang lantang bersuara akan dipancung seperti DS Anwar Ibrahim pada tahun 1998.
Saya masih ingat pada tahun 1998 seluruh rakyat Malaysia difahamkan oleh kerajaan ketika itu bahawa DS Anwar Ibrahim adalah seorang pengamal seks luar tabie. (Saya tidak berminat untuk mengulas bagaimana Tun M bercakap di seluruh dunia mengaibkan DSAI. Pada saya itu satu pengaiban yang menghina seorang insan dan seluruh ahli keluarganya. Sepatutnya ia hanya perlu didedahkan di mahkamah, PM tidak perlu mengulas nya di media massa atau berucap hingga luar negara).
Ianya menimbulkan kemarahan penyokong beliau hingga tercetusnya Reformasi pada tahun 1999. Sesiapa jua yang berjuang untuk Reformasi akan di kenakan tindakan ISA dan disumbatkan ke penjara. Semua penyokong DS Anwar berada dalam ketakutan.
Antara yang dikenakan tahanan ISA yakni dipenjarakan tanpa dibicarakan adalah :
Anwar Ibrahim,
Zahid Hamidi,
Ahmad Azam Abdul Rahman,
Mukhtar Redhuan,
Shaharuddin Badaruddin,
Abdul Halim Ismail,
Roslan Kassim
Chua Tian Chiang,
Mohd Ezam Mohd Noor
Haji Saari Sungip,
Hishamuddin Rais,
Raja Petra Kamaruddin;
N. Gobala Krishnan;
Abdul Ghani Harun,
Muhammad Sabu
Lim Kit Siang,
Karpal Singh,
Lim Guan Eng
Dr Badrul Amin Baharom,
Lokman Nor Adam,
Badaruddin Ismail.
Selama lebih 20 tahun rakyat Malaysia termasuk ahli-ahli PPBM mempercayai bahawa DSAI tidak layak menjadi PM kerana beliau akan memalukan negara di mata dunia.
Sama juga ketika saya mula-mula mengenali politik ketika di bangku sekolah, saya difahamkan bahawa DAP adalah parti racist yang menjadi musuh orang Melayu.
Hari ini ahli-ahli PPBM seperti dibius untuk menutup minda mereka supaya menerima DS Anwar Ibrahim dan DAP sebagai insan-insan mulia yang akan menyelamatkan negara.
Tidak keterlaluan juga jika saya menyebut tentang bagaimana rakyat Malaysia terutana orang-orang Melayu di asak untuk mempercayai bahawa Tun Abdullah Ahmad Badawi dan menantunya, Khairy Jamaluddin adalah bahaya kepada negara kerana mengamalkan rasuah dan mengaut keuntungan yang banyak untuk kepentingan peribadi.
Namun, apabila hasrat untuk memaksa Pak Lah berundur berjaya, tiada satu pun dakwaan dibuat ke atasnya berkaitan tuduhan rasuah dan salah guna kuasa. Yang penting hanyalah Pak Lah berjaya dijatuhkan.
Hari ini sekali lagi ahli-ahli PPBM diperalatkan untuk mempercayai bahawa apa sahaja kritikan terhadap PPBM perlu ditolak mentah-mentah kerana pengkritik tersebut kononnya menerima rasuah ‘dedak’ dan dia dilabel sebagai sampah. Maka, ahli-ahli PPBM akan memerangi sesiapa sahaja yang mengkritik PPBM. Ianya seperti “fatwa” yang wajib dijunjung.
Akibat kerap sangat dimomok momokkan dengan kisah penjajahan selama lebih 400 tahun, orang Melayu khususnya, percaya bahawa seorang pemimpin yang hebat harus dijulang untuk menjadi wira bangsa. Akhirnya orang Melayu menjadi taksub kepada seorang individu.
Tiada siapa pun yang betul di Malaysia ini baik Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Tun Hussin Onn, Tun Musa Hitam, Tun Ghaffar Baba, DS Anwar Ibrahim, Tun Abdullah Badawi dan terkini DS Najib Razak.
Malah kuasa Raja-Raja Melayu juga boleh dicuit. Tiada yang lebih hebat dari Perdana Menteri Malaysia ke 4. Dia boleh berbuat apa sahaja, tidak boleh dikritik kerana mengkritiknya adalah satu dosa besar bagi penyokong yang taksub kepadanya.
Mereka memuja dan menyenbahnya seperti seorang pemimpin suci, Bagi penganut fahaman ini, yang layak menjaga Malaysia hanyalah keturunan beliau. Semua pemimpin lain dianggap bodoh, Raja-Raja Melayu di turunkan kuasa, rakyat dianggap bodoh, mudah lupa dan malas.
Sebelum saya menoktahkan tulisan ini, izinkan saya mencatat sedikit rasa luka di hati ini.
Tun M mungkin terlalu menurut emosi peribadinya terhadap DS Najib hingga lupa perasaan jutaan rakyat Malaysia yang melalui dunia gelap gelita bersiram air mata dan dendam ketika tentera Jepun merogol isteri, anak-anak serta adik beradik perempuan rakyat negara ini pada tahun 1942 hingga 1945.
Ada anak yang melihat bapa dilpenggal kepala di hadapan mata. Ada suami yang melihat isteri dan anak perenpuannya dirogol di depan mata. Ada isteri melihat suami di siat daging badannya seperti binatang. Kesemua mereka juga hanya makan ubi kayu untuk hidup kerana tanaman beras dirampas oleh tentera Jepun. Itu adalah penghinaan dan ketakutan sebenar terhadap anak bangsa!
Saya tidak takut menjadi rakyat Malaysia hari ini!
Anina Saadudin
EMPIRICAL MALAYSIA