Selasa, 13 Februari 2018

Virus Rebut Kerusi Landa Pakatan Kelantan



Nampaknya makin panjang episod drama rebut kerusi Pakatan ni. Watak pentingnya adalah parti Bersatu yang kecewa ‘haknya dinafikan’. 

Baru setahun dua dah besar kepala parti Tun M ni. Mula-mula di Negeri Sembilan dan Selangor, sekarang dah berjangkit ke Kelantan pula. 

Rambut sama hitam, tapi hati lain-lain. Bersatu Kelantan bengang dengan Amanah sebab banyak dapat kerusi, walaupun dua parti ni nama saja ber’PAKAT’. 

Bersatu Kelantan pun nampaknya curiga dengan DAP, mereka takut parti-parti lain tenggelam kerana parti Kit Siang tu. 

Nampaknya dalam drama kali ni, sikap diam-diam DAP ada makna. Dia biarkan parti Melayu bergaduh, yang untungnya DAP lah, dapat bolot banyak kerusi. Bersatu dan Amanah jadi kambing hitam. 

#PakatanProDAP 
#TolakPakatanPRU14