Rabu, 11 April 2018

BN BAKAL ULANG KEMENANGAN 2004



Sejak PRU 1986 aku tidak lah ambil peduli sangat dengan perang politik kerana tahu pada ketika itu pembangkang tidak lah segarang hari ini.  1986 aku hanya bawa kereta untuk mengambil dan menghantar pengundi dan masa itu tidak ada pembantu untuk berkempen dalam kereta.

Sejak  PRU 2008 dan 2013 pemandu kereta turut dibantu oleh tukang kempen. Nak bawa seorang saja pengundi tetapi dalam kereta ada 2 perayu undi yang minta pengudi memangkah parti lawan atau pembangkang. pengudi akan dicuci otaknya untuk membenci kerajaan, jika jenis atas pagar mereka mudah percaya dan termakan hasutan, sudah lah ditempat kerja bersepah dengan Roketkini, Harakah dan Suara Keadilan. Tetapi kalau jenis yang benci pembangkang hampa kata apa pun tak akan lut punya.

Masa tu, Parti Pas bukan main support Dap dan Pkr. Hari ini dalam PRU 14 pandai pula depa kempen, orang Islam wajib undi calon Islam. Kenapa dulu tidak?

PRU 1999 dan adalah PRU yang pertama kali internet digunakan untuk berkempen dan menyemak daftar pengundi. Pada waktu ini Pas telah mempunyai harakah online dan blog-blog persendirian, ini lah yang banyak membantu Pas mengekalkan  pentadbiran mereka di Kelantan dan Terengganu.

PRU 1999 juga menyaksikan gabungan pembangkang yang sangat kuat, Mereka terdiri daripada PAS, PKR, DAP dan PBS dari Sabah.

Kekecohan berlaku ialah terjadinya kes pengundi yang balik kawasan untuk mengundi tetapi nama mereka tida dalam senarai. Kecoh satu Malaya.

Pada ketika itu aku jadi call center untuk mengetahui tempat undi. Banyak nama yang disemak secara online mendapati ramai pengundi yang tempat mengundinya ialah di negeri negeri lain termasuk lah ke Sabah dan Sarawak.

Akhir cerita pengundi dipindahkan adalah kerja orang PKR, secara senyap mereka menggukan kepakaran presiden mereka untuk memindahkan pengundi tanpa keizinan dan tanpa diketahui oleh tuan tubuh. Perkara ini didedahkan sendiri oleh individu yang bertanggung jawab. Aku rasa nak bubuh penumbuk sebiji ke muka dia.

Apabila Pak Lah mengambil alih pentadbiran negara daripada Mahathir, aku dan ratusan bikers telah menyambut kepulangan Pak Lah di Lapangan Terbang Antara bangsa Bayan Lepas, semua motor besar dan kecil berkonvoi ke Kepala Batas, walaupun bulan puasa dan panas, kami sedikit pun berapa letih dan panas menyambut Pak Lah. Ratusan ribu menyambut Pak Lah, Cina Melayu India dan lain-lain bersesak sesak menyambut dan mengikuti konvoi.  Semua penuh yakin Pak Lah mampu menjadi perdana menteri yang 10 kali lebih baik daripada Mahathir yang ketika itu dilabelkan sebagai Mahafiraun dan Mahazalim terutama daripada PAS dan PKR.

PRU 2004 menyaksikan kejayaan besar buat BN. Kelantan pun hampir-hampir kembali ke tangan BN. Parlimen P44 Permatang Pauh Wan Azizah hampir kecundang di tangan calon BN.  Pengundi yang namanya dipindahkan sesuka hati oleh pembangkang berterusan hingga PRU 2004.  Ini kerana pengundi sendiri dan parti parti politik BN tidak mengambil berat dalam masalah ini.

PRU 2008 tak payah cerita panjang, semua sudah siap sedia namun, Mahathir lah yang menjadi punca 2008 BN hilang banyak negeri.

PRU 2013 adalah pilihan raya pertama di bawah perdana menteri YAB Dato Seri Najib Razak.  Pilihanraya ini campur tangan Mahathir tidak seperti 2008. Kali ini Mahathir bukan sahaja campur tangan dari luar tetapi menjadi ketua untuk menjatuhkan Najib dan BN.

Sejak 2007 aku mula berperang dalam dunia maya melalui beberapa aplikasi internet, namun kekuatan anggota tidak lah berapa cukup. Setelah BN kalah 5 negeri dan sejak adalah beberapa pilihan raya kecil barulah kami cyber warrior pro BN mula berkembang dan bersatu hingga lah ke hari ini.

Perdana Menteri dalam beberapa perjumpaan beberapa kali mengangkat smartphone dan mengulangi PRU akan datang adalah peperangan dengan ini ( sambil mengangkat smartphone). Jadi perbanyakan lah pejuang-pejuang cyber untuk menentang Red Bean Army dan sebagainya.

Namun agak kesal juga apabila kita lihat carta jawatan kuasa jentera pilihanraya langsung tidak ada disenaraikan jawatan kuasa media sosial.  Jadi jangan lah menuduh kami pemakan dedak. Kami buat kerja sendiri tanpa dedak.

PRU 14 aku menjangkakan satu peperangan yang hebat di media maya seperti dalam beberapa PRK lalu atau pun PRU 13. Akan tetapi bila dilihat semula ke sebelah sana ternyata mereka semakin lemah dan hampir hilang di media maya. Kenapa dan Mengapa?

Rumusannya PRU kali ini BN akan menang dan pembangkang kalah teruk kerana campur tangan  Mahathir Mohamad.

Sekian/...