Khamis, 12 April 2018

Mahathir Nak Hapuskan GST?


GST merupakan agenda pembangkang untuk menumbangkan Kerajaan Barisan Nasional sejak ia di laksanakan mulai 1 April 2015 . Pembangkang yang maksudkan ialah Pas, Pkr, Dap dan terkini ialah PAN dan PPBM.

Pada 1985, Daim Zainuddin selaku Menteri Kewangan telah memberi cadangan supaya cukai barang dan perkhidmatan (GST) diperkenalkan di Malaysia.

1995 juga kita menyaksikan kenaikan cukai kereta mewah 300% oleh menteri kewangan ketika itu ialah tidak lain dan tidak bukan adalah Anwar Ibrahim. Turut dinaikkan cukai ialah kereta-kereta CKD seperti Toyota, Honda, Mazda, Mitshubishi dan lain-lain untuk melindungi penjualan kereta Proton. Pada ketika itu ramai orang jadi broker  dengan menempah kereta Proton dan menjualkan kepada pihak lain.  Bukan itu sahaja, pasport antara bangsa pun dinaikkan dari RM60 kepada RM300.

Untuk rekod, Mahathir sewaktu pentadbirannya giat membuat pinjaman sehingga hutang negara mencecah 103% berbanding nisbah KDNK untuk tahun 1995.

Oleh yang demikian, Mahathir terpaksa mengenakan cukai koperat dan individu yang tinggi iaitu melebihi 30% sebaliknya dibawah pentadbiran Najib telah mengurangkan cukai ini kepada 24 %. 

Jika di zaman Mahathir kakitangan kerajaan dan swasta yang bergaji bawah RM1000 pun turut dikenakan cukai pendapatan dan potongan cukai berjadual turut dilaksanakan. 

Kini di bawah pentadbiran Najib, individu berpendapatan dibawah RM4000 sebulan tidak perlu membayar cukai. cukai pendapatn tahun taksiran 2017 pembayar cukai menikmati pelesan cukai yang tinggi menyebabkan ramai yang mendapat laba kerana cukai terlebih bayar melalui PCB.

Zaman Mahathir cukai SST adalah antara 10% hingga 16 % tidak termasuk cukai kastam dll. Beliau juga turut mengenakan cukai jualan 19.64 sen bagi setiap liter diesel dan 58.62 sen bagi setiap liter petrol hampir sepanjang 22 tahun pentadbirannya.

Tidak hairanlah jika pembangkang ketika itu menggelar Mahathir sebagai Mahazalim dan Mahafiraun.

Saksikan apa kata Mat Sabu, "Mahathir bapa pelingkup negara"