Isnin, 16 April 2018

Dah Lah Kena Bubar, PPBM Tandus Calon Berwibawa



Apa lagi lawak puak-puak parti cap bunga PPBM ini nak buat. Dah lah PPBM kena bubar sementara, lepas tu ada hati nak umum calon. Itu pun nak tak nak kena la guna logo mata lebam PKR. Kesian PPBM, sebab kempunan nak bertanding terpaksalah menagih simpati parti lain.

PPBM umum calon tiada pengalaman politik untuk PRU14. Entah kenal ke tidak tiba-tiba umum jadi calon. Takkan tiada calon lain yang berpengalaman dan berwibawa. Malah di Terengganu calon pernah kalah pada PRU sebelum ini pun ada hati nak cabar kubu kuat UMNO.

Daripada Mahathir sampailah ke anak buah, masing-masing bercita-cita tinggi melangit. Sudahnya PPBM yang  bakal tersungkur sebelum bertempur!

#PakatanProDAP
#TolakPakatanPRU14