Selasa, 17 April 2018

Taktik Jahat DAP “Demokrasi Ala Penjajah”



Jika diperhatikan baik-baik, taktik DAP saling tak tumpah macam 'Demokrasi Ala Penjajah', lebih-lebih lagi menjelang PRU14. MB Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata taktik itu kononnya DAP tidak berminat menjadi pemimpin teratas atau pemimpin nombor satu. 

Seperti penjajah British yang mengatakan mereka tidak mahu pun menjadi pemimpin tetapi hanya mahu menjadi penasihat. Sebaliknya, mereka sangat berkuasa dan menentukan segala urusan termasuklah urusan orang Melayu dan Islam pada ketika itu.

Inilah yang dilakukan oleh DAP (Demokrasi Ala Penjajah). Mereka kata kononnya tidak berminat merampas kuasa politik orang Melayu. Namun, pada PRU14 secara jelas DAP mengorbankan lambang roket untuk memastikan kerusi yang dipegang orang Melayu dirampas.

Satu lagi taktik DAP membahagi-bahagikan kawasan kepada semua kroni dan kemudiannya lari bertanding ke kawasan lain selepas membuat onar. Bukankah itu semua cara penjajah British datang ke Tanah Melayu dahulu? 

#PakatanProDAP
#TolakPakatanPRU14