Jumaat, 13 April 2018

Husam Calon MB Kelantan Yang Direstui DAP



Benarlah dakwaan ramai pihak PAN adalah kuda tunggangan DAP bila calon MB Kelantan pun perlu dapatkan restu Tokong Kit Siang. Nampaknya Husam Musa adalah 'favourite' DAP untuk ke jawatan nombor satu negeri itu kalau PAN menang. Itu pun kalau menanglah, berangan lebih je puak yang pernah digelar PAS sebagai 'harum manis' ni.

Sebenarnya banyak fakta yang boleh didedah, sekaligus untuk kata Husam memang tak layak langsung jadi MB Kelantan. Waktu jadi exco dulu pun,Husam dipalit banyak isu-isu pentadbiran negeri antaranya Ladang Rakyat. Husam lepas tangan dalam isu ni sehingga dirinya digugurkan sebagai ahli Lembaga pengarah, kemudian dok serang kerajaan negeri PAS dan menuduh mereka yang sebabkan kerugian Ladang Rakyat lebih RM9 juta.

Satu lagi, Husam tak perlulah berangan nak jadi MB. Istana Kelantan dah lama tak restu Husam, sejak PRU13 ketika PAS hantar senarai kepimpinan kerajaan negeri. Februari lepas pun, Sultan Kelantan tarik semula gelaran Datuk Paduka yang diberi kepada Husam. Takkan Husam terhegeh-hegeh nak minta restu lagi? Kalau orang seperti ini yang tak langsung hormat institusi raja-raja dan sultan nak dilantik sebagai MB, memang habislah rakyat Kelantan.

#TolakPakatanPRU14 #PakatanProDAP