Jumaat, 13 April 2018

JOSEPH LIM SEMAKIN TERPINGGIR, PAKATAN HARAPAN BERDEPAN KEKALAHAN PADA PRU 14

Zamzuri Mohamed Tahir:

Sebagai seorang pemimpin utama sebuah parti politik dan ketua kerajaan negeri, JOSEPH Lim Guan Eng wajar mendapat sokongan ramai ketika tiba di mahkamah pagi tadi. Dengan anggaran kehadiran 50 orang, Ketua Menteri Pulau Pinang tersebut dilihat sedang menghadapi saat-saat kejatuhannya seorang diri.

Berbanding dengan anggaran kehadiran seramai 200 orang sewaktu sebutan kes dua tahun lalu, para pemimpin Pakatan Harapan seakan sepakat untuk  tidak memobilisasikan massa (rakyat) sebagai tanda solidariti terhadap beliau. Tambahan pula perbicaraan diadakan di Mahkamah Tinggi Georgetown, negeri di mana parti KAFIR HARBI memerintah.

Selain dari mahu mati berdiri, JOSEPH Lim dijangka tidak akan bertanding pada pilihanraya umum ke 14 (PRU 14) nanti, suatu keputusan yang dilihat sebagai ditelan mati emak diluah mati bapa memandangkan peluang beliau untuk menjarah hasil bumi pulau mutiara tersebut seakan tertutup.

Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Haji Mohamed Sabu @ Mat Sabu wajar terkehadapan di dalam memobilisasikan massa setiap kali perbicaraan kes rasuah dan penyelewengan God Father beliau itu.

Sementelahan pula, Mat Sabu terkenal dan berpengalaman luas menggerakkan ahli-ahli PAS dalam pelbagai perhimpunan dan demonstrasi di era Pakatan Rakyat. 

Ketokohan Tun Dr. Mahathir Mohamed juga boleh dimanfaatkan oleh JOSEPH Lim untuk mengundang khalayak hadir sebagai solidariti terhadap perbicaraan mahkamah.

Melainkan Mat Sabu dan Mahathir tidak mempunyai sokongan akar umbi dan atau mereka tidak berminat untuk menzahirkan sokongan rakyat terhadap JOSEPH Lim,  solidariti rakyat di dalam perbicaraan ini boleh dianggap sebagai petunjuk kemenangan atau kekalahan Pakatan Harapan (PH) di saat-saat akhir menjelang PRU 14.