Sabtu, 14 April 2018

Kes Ijok: Azmin Terus Membisu, Banyak Keraguan Lain Timbul!



Sampai sekarang Kerajaan PKR Selangor membisu sama ada mereka juga terbabit dalam penipuan tanah peneroka di Ijok. Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Peneroka yang ditubuhkan secara tiba-tiba menggantikan jawatankuasa peneroka selepas TS Khalid disingkirkan, ditahan minggu lalu.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim berkata ini sekali gus lebih banyak isu berbangkit dan menimbulkan keraguan. Pertama, kerajaan PKR dipercayai mempunyai pengetahuan mengenai bagaimana RM1.18 billion hasil jualan 880 hektar tanah peneroka itu dikongsi.

Kedua, dua pemaju kroni yang sebelum ini gagal kemudian mengumumkan mereka hanya akan berbincang dengan jawatankuasa baharu ini saja. Ketiga, jawatankuasa baharu itu melantik firma guaman milik Ahli Parlimen Subang, Daim & Gamany untuk mewakili peneroka.

Jadi, sebenarnya lebih banyak isu yang belum dijawab Azmin mengenai skandal di Ijok. Adakah mereka juga terbabit dalam penipuan ini. Kalau ya, bermakna mereka sudah mengkhianati kepercayaan pihak yang mereka wakili, iaitu peneroka!

#PakatanProDAP
#TolakPakatanPRU14