Sabtu, 14 April 2018

*Nilai 51 Janji Kosong Pembangkang - Najib



1. Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan penduduk negeri Pulau Pinang berhubung 51 janji yang ditaburkan pembangkang tetapi gagal dilaksanakan sepanjang 10 tahun memerintah negeri itu.

2. Menurut Perdana Menteri, perkara itu bertentangan dengan komitmen yang dibuat Barisan Nasional (BN) yang mana lebih 99% manifesto pada pilihan raya umum lalu berjaya dilaksa­nakan dalam tempoh 5 tahun.

3. Malah, Najib yang juga Pe­ngerusi BN berkata, kerajaan Pusat juga tidak pernah mengabaikan Pulau Pinang meskipun berada di bawah pembangkang apabila sebanyak RM4 bilion diluluskan untuk pembangunan di negeri ini.

_"Janji kita akan terus memba­ngunkan Pulau Pinang, sebab itu sebagai tambahan, saya mengumumkan BN akan memansuhkan tol bagi pengguna motosikal di kedua-dua jambatan di negeri ini sekiranya berjaya merampas ne­geri ini pada PRU-14._

_"Malah, saya juga berjanji akan menambah jumlah rumah mampu milik di negeri ini daripada 65,000 unit sebagai tambahan kepada manifesto BN yang saya umumkan sebelum ini,"_ katanya.

4. Dalam pada itu, Najib turut menarik perhatian mengenai keghairahan Kerajaan DAP Pulau Pinang meluluskan projek lereng bukit bagi pembangunan komersial di negeri ini. Hanya dalam tempoh 10 tahun, beliau difahamkan sebanyak 39 projek le­reng bukit diluluskan kerajaan negeri berbanding hanya 4 projek yang diberi kebenaran ketika pentadbiran kerajaan BN.

_"Apa yang rakyat dapat (daripada dasar DAP)? Dapat banjir. Rakyat juga dapat susah tetapi pemaju dapat projek (untung),"_ katanya.

5. Malah, beliau turut membangkitkan mengenai kenaikan tarif dan surcaj air yang dilaksanakan Kerajaan DAP Pulau Pinang sebanyak empat kali berbanding hanya sekali di bawah pentadbiran BN.