Sabtu, 14 April 2018

Program Latihan Kemahiran Industri Laluan Rel Pantai Timur (PLKI-ECRL)



Program Latihan Kemahiran Industri Projek Laluan Rel Pantai Timur (PLKI-ECRL) adalah sebuah program yang diwujudkan melalui kerjasama antara Malaysia Rail Link Sdn.Bhd (MRL), China Communications Construction Company Ltd. (CCCC) dan Universiti Malaysia Pahang (UMP).

Melalui program ini, ia akan menyediakan pekerja tempatan dengan kemahiran yang diperlukan serta pengetahuan dalam bidang rekabentuk dan pembinaan laluan rel melalui latihan selama tiga hingga empat bulan.

Program ini juga akan melatih 3,600 pelajar bermula 2017 hingga 2022 melalui tajaan RM23 juta oleh China Communications Construction Company Ltd (CCCC) di bawah program tanggungjawab sosial korporatnya.

#BarisanProRakyat