Rabu, 18 April 2018

Kononnya pemandu teksi keluar dewan ketika PM berucap

Baru baru ini tular merata - rata video di You Tube mengatakan bahawa semasa Perjumpaan Perdana Menteri Bersama Warga Teksi seluruh negara, mereka keluar dari dewan semasa Perdana Menteri sedang berucap.

Sebenarnya apa yang berlaku ialah Perdana Menteri telah pun menamatkan ucapannya dan perkara ini dapat dilihat di dalam video yang tular tersebut.


Pada lebih kurang minit 03:22 dapat dilihat Perdana Menteri telah menghentikan ucapan beliau. Jadi tidak timbul soal pemandu teksi keluar semasa PM sedang berucap kerana ia telah pun di penghujung ucapan.

Keadaan ini berlaku kerana para pemandu teksi keluar untuk mendapatkan Kad Bantuan Teksi 1Malaysia dan mereka tidak mahu terlepas dari mendapatkannya. 

Tidak cukup dengan itu, Malaysiakini juga bertindak cuba memberikan persepsi salah dengan mengeluarkan satu video mengatakan bahawa Pemangku Pengerusi SPAD, Tan Sri Isa Samad telah di boo oleh para pemandu teksi setiap kali namanya disebut. Tidak cukup dengan itu sebuah video disertakan bagi membuktikan dakwaan mereka. Ini semua dibuat bagi menunjukkan seolah-olah tindakan PM melantik Isa memangku jawatan itu tidak disukai umum.


Tetapi jika didengari dengan cermat sebenarnya video tersebut tidak langsung menunjukkan Isa di boo. Ia lebih kepada sorakan setiap kali nama Isa disebut oleh mereka yang terlibat. 

Perkara ini dipertikaikan oleh Netizen dan menyedari bahawa mereka tidak dapat menipu para pengunjung Malaysiakini pihak editorial menukar tajuk berita kepada Isa Samad kena 'sorak' di dalam rampaian berita yang disediakan kemudiannya. 

Inilah helah Malaysiakini sejak azali hingga kini. Hakikatnya, pembangkang sebenarnya terkejut dengan sokongan yang diberikan oleh pemandu teksi yang berpusu-pusu datang menyatakan sokongan terhadap kerajaan BN.

Kehadiran seramai 15 ribu pemandu telah menyebabkan mereka kelam kabut kerana selama ini sangkaan mereka pemandu teksi tidak berpuas hati dengan kerajaan terutamanya apabila kerajaan dilihat memihak kepada perkhidmatan e-hailing.

Tetapi dengan pengumuman Dato Sri Najib yang mewajibkan pemandu e-hailing melalui proses yang sama pemandu teksi maka persaingan telah diratakan dan segala ketidakpuasan hati pemandu teksi telah diatasi. Inilah yang pembangkang tidak sangka dilakukan oleh kerajaan dan oleh kerana itulah mereka tidak habis-habis meroyan dengan menyebarkan fitnah mengenai apa yang berlaku pada majlis tersebut.

Mereka tahu bahawa pemandu teksi kini kembali menyokong kerajaan dan harapan mereka untuk mendapatkan undi atas ketidakpuasan hati pemandu teksi berkecai.