Rabu, 18 April 2018

Pakatan Bingung Rampasan Equanimity Tidak Sah!



Maka melalak lah pemimpin Pakatan dan macai-macai mereka bila Mahkamah Indonesia memutuskan penahanan kapal layar mewah Equanimity oleh polis republik itu sebagai tidak sah dan mengarahkan dikembalikan kepada pemiliknya.

Mana tidaknya, bersungguh-sungguh Pakatan mencaci maki kerajaan kononnya rampasan itu dikaitkan dengan dana yang kononnya diselewengkan dari 1MDB, walaupun berulang kali dijelaskan bahawa rampasan kapal itu tiada kaitan dengan 1MDB!

Sekarang ini pembangkang tiada modal lagi. Penahanan kapal tempoh hari tidak sah kerana tidak mendapat kebenaran daripada Kementerian Hak Asasi Manusia dan Undang-undang terlebih dahulu.

Malah menurut hakim Mahkamah Jakarta Selatan, kapal tersebut tidak sepatutnya dirampas kerana pemiliknya tidak disabitkan dengan sebarang kesalahan jenayah oleh mana-mana mahkamah.

Jadi sekarang siapa yang memalukan negara, kalau bukan Pakatan yang mencanang-canang berita palsu dan fitnah mengenai negara ini.

#TolakPolitikFitnah
#TolakPakatanPRU14
#PakatanProDAP