Isnin, 9 April 2018

Pas baru sedar dari mimpi buruk

Kita semua sedia maklum bahawa Pas mengamalkan konsep  tahaluf siyasi bersama DAP dan PKR untuk beberapa Pilihan Raya  dibawah nama barisan alternatif dan Pakatan rakyat.  

Cuma kali ini dalam menghadapi PRU 14 Pas keluar daripada kerjasama dengan Dap dan PKR.  

PRU 1990 Pas menawan Kelantan dengan bantuan Semangat 46 dalam APU yang dianggotai oleh Pas, S46, Berjasa, Hamim dan Kimma.

Pas seterusnya bekerjasama dengan Dap, Keadilan dan Parti Sosialis pada tahun 1998 dengan nama Barisan Alternatif.  

Tahun 2008 Pas kekal bersama Dap dibawah nama Pakatan Rakyat yang turut dianggotai oleh parti SNAP dari Sarawak. 

Pas berjaya membantu Dap dan PKR menawan Selangor. Perak, Kedah dan Pulau Pinang.

Presiden Pas, Hadi Awang menyatakan dengan kerjasama tersebut PAS dapat menarik hati bukan Melayu untuk mengundi Pas. Antara keuntungan yang menjadi kebanggaan Pas ialah apabila Nizar Jamaluddin dilantik menjadi menteri besar Perak dan Salleh Man di angkat menjadi Exco Agama di Pulau Pinang dan Pas juga menjadi MB Kedah. 

Inilah kejayaan Pas yang sangat membanggakan parti tersebut. Bagaimanapun langit tidak selalu cerah. Mendung dan hujan ribut melanda Pas. 

Kekalahan puak pro Dap menyebabkan terputusnya tahaluf siyasi Pas dengan rakan mereka sejak sekian lama.

Kini PRU 14. Pas kembali dengan agenda lama. Pas mengajak orang Melayu yang beragama Islam untuk mengundi calon-calon yang beragama Islam sahaja. 

Kempen haram mengundi calon bukan Islam dilakukan oleh Pas sejak dahulu lagi.  Contohnya apabila calon Gerakan  Dato Tan Lian Hoe bertanding di Bukit Gantang 2004 melawan calon Pas Roslan Shaharom, Pas memainkan isu undi Islam tetapi dalam tahun 2008 Pas lah yang banyak membantu kemenangan calon bukan Islam untuk kerusi Dun dan Parlimen.  

Tidak hairanlah Pas dilabelkan sebagai parti kluk klek.