Khamis, 26 April 2018

PAS Soal, Dari Mana Sumber Dana Pakatan?



Sekian lamanya, Pakatan berjaya merosakkan persepsi rakyat terhadap PAS dengan mengatakan parti Islam itu menerima dana RM90 juta dari Umno, dengan menggunakan media mesra pembangkang untuk memainkan fitnah berkenaan. Presiden PAS, Hadi Awang dan pimpinan yang lain berkali-kali menafikan fitnah itu dengan mengatakan parti mereka mendapat sumbangan dari ahli-ahli parti.

Soalan yang sama juga ditanya kepada Pakatan, dari mana mereka memperolehi dana untuk empat parti komponen mereka? Sepertimana yang pernah didedah bekas Pengerusi SPR, Abdul Rashid Abdul Rahman yang kini Naib Presiden PPBM, bahawa DAP menerima dana dari Singapura, Hong Kong dan Taiwan untuk menjalankan aktiviti parti. Apakah ini juga bermakna Pakatan sendiri menerima sumbangan dari pihak negara luar untuk menjatuhkan kerajaan BN?

Persoalan sebegini nampaknya mungkin tidak akan terjawab oleh puak Pakatan. Jika disuruh isytihar harta pun mereka enggan, apatah lagi perkara sebesar ini. Balik-balik yang akan dijawab – ini semua propaganda untuk melemahkan Pakatan.

#PakatanProDAP #TsunamiPHFitnah