Langkau ke kandungan utama

Pembangkang Merancang _”Black Propaganda"_ Untuk Raih Undi Simpati?


*Beruang BIRU*

1. Dalam Malaysiakini, 6 April 2018, Mahathir menyatakan _"Tunggu saya dibunuh baru polis, tentera nak sedar?"_ Kenapa Mahathir perlu buat kenyataan yang agak keterlaluan begini? 

2. Ada sesuatu yang sedang dirancang untuk dapatkan undi simpati? Blogger Khairul Reyzal telah menulis di blognya :

_"Apabila calon Perdana Menteri Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir membuat dakwaan terdapat cubaan untuk membunuhnya, ramai yang mengambil ringan apa yang diucapkan oleh beliau. Ini memandangkan pada fikiran logik, tidak mungkin ada sesiapa yang sanggup untuk mencederakan apatah lagi untuk membunuh seorang warga platinum yang berusia 92 tahun"_

_"Teringat pada satu kes dalam tahun 2009, baca di sini, di mana kes cubaan bunuh Presiden Taiwan, Chen Shui-Bian pada 2004 telah dibuka kembali. Ini berikutan dakwaan bahawa Chen Shui-Bian telah melakonkan adegan cubaan tembak-menembak untuk meraih undi"._

_"Chen Shui-Bian telah memenangi pilihanraya berkenaan dengan peratusan kecil dan kini sedang merengkok di dalam penjara akibat pertuduhan rasuah"_ tulis Khairul Reyzal.

3. Begitu juga dengan kisah Prebet Adam mengamuk pada 18 Oktober 1987. Mahathir menjadikan isu Prebet Adam untuk mengubah Perlembagaan yang seterusnya mengikis kekebalan Raja-Raja Melayu pada Mac 1993. 

4. Selama 30 tahun lebih masyarakat tidak tahu kisah sebenar. Prebet Adam dihantar ke Tanjung Rambutan kononnya gila dan sebagainya. Namun akhirnya kebenaran muncul juga.

_"Adam mengamuk di Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur pada tahun 1987 kerana masalah di tempat kerja dan bukannya kerana adik kami dibunuh Almarhum Sultan._

_"Semua adik-beradik kami masih hidup, hanya seorang sahaja yang sudah meninggal dunia pada tahun 1975 kerana kejadian kebakaran di rumah,"_ kata Hawa Jaafar, adik Prebet Adam. Lihat video penuh di pautan ini : 


5. Begitu juga dengan drama Mahathir kena _"spray"_ di Kelantan pada tahun 2006. Ianya kalau dikaji hanyalah sandiwara Mahathir sahaja. Pada 28 Julai 2006, Nik Sapeia serang Mahathir di Pengkalan Chepa, kemudian khabarnya dalam diam-diam Nik Sapeia memohon maaf kepada Mahathir selepas itu menerusi pintu belakang.

6. Motif Mahathir hanyalah untuk dapatkan simpati sahaja. Hendak minta orang kesian padanya. Taktik lama ini, Mahathir guna dulu lagi masa krisis ekonomi tahun 1998, yang jadi kambing hitam adalah Soros. 

7. Kemudian, 8 tahun selepas itu, pada 15 Disember 2006, Mahathir berjumpa dengan Soros di Kuala Lumpur. Soros memaafkan semua dosa Mahathir yang dahulu. 

8. Samalah dengan Anwar Ibrahim, dulu macam-macam Mahathir kata dan maki Anwar, 18 tahun selepas itu memaafkan pula semua dosa Anwar. Begitu juga DAP, yang sesuci kain putih dicuci dosanya oleh Mahathir. 

9. Namun *#SinOfMahathir #DosaMahathir* terhadap rakyat Malaysia masih lagi banyak. Jangan lupa *#DosaMahathir* yang silam dalam kisah Prebet Adam dan lain-lain lagi. 

10. Kali ini Mahathir sedang buat sesuatu pada 7 hari terakhir sebelum hari pengundian untuk drama simpati buat rakyat Malaysia. Barangkali drama sakit jantung. Sudah tahu IJN ada di KL, yang hendak bertanding di Langkawi buat apa? 

11. Nanti kalau sakit jantung, hendak salahkan Najib sebab tidak bina IJN di Langkawi? Tidak mustahil drama ini boleh jadi. Kedai roti lingkup pun Mahathir salahkan Najib.

12. Apa-apa sahaja Mahathir akan buat di saat akhir nanti. Hati-hatilah dengan drama dari Kerala ini, lagi dahsyat dari filem Tamil.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perihal Elaun Keraian Kakitangan Kerajaan

ELAUN KERAIAN
BAGI pegawai-pegawai kerajaan gred 43 ke atas, mereka di peruntukkan dengan elaun keraian yang merupakan sebahagian daripada pendapatan mereka. Elaun minima RM400 sebulan di kecualikan daripada cukai pendapatan.

Imbuhan Tetap Keraian yang diberikan kepada pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan pegawai tertentu dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional merupakan elaun yang dibayar atas kadar tetap secara bulanan.

Tujuan pemberian Imbuhan Tetap Keraian adalah sebab jawatan dan tanggung jawab pegawai memerlukan mereka meraikan tetamu bagi mewujudkan suasana ramah mesra. -- FAQ SSM oleh JPA

Namun pada kebiasaannya, Imbuhan Tetap Keraian ini hanya digunakan untuk meraikan diri sendiri ataupun keluarga sendiri sahaja ataupun untuk membayar hutang-hutang peribadi sahaja.

Andai kata ada tetamu yang datang ke pejabat dan mereka di jamu, itu adalah dari perbelanjaan pejabat. Malahan ada pejabat yang membayar makan minum tetamu yang diraikan di hotel/restoran menggunak…

#SIAPA_ARAH_BUNUH_ALTANTUYA?

(By: Ariff Ahmad)
Walaupun Kerajaan Australia telah bersetuju untuk membenar Sirul dibawa pulang ke Malaysia tetapi reaksi Mahathir terhadap isu tersebut adalah seperti dia tidak berminat untuk membenarkan Sirul Azhar pulang ke Malaysia (sila rujuk FAKTA 1).  
Mengapa Mahathir tidak berapa bersetuju dengan cadangan tersebut. Untuk memahaminya, maka kita perlu rujuk kepada sejarah pembelian kapal selam tersebut.
Mengikut siasatan saya, Rancangan untuk membeli kapal selam telah mula dibahas di Parlimen seawal tahun 1993 lagi (sila rujuk pada beberapa SCREENSHOT HANSARD dibawah). Persoalannya ialah, jika Mahathir sebagai Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan berkata dia tidak tahu tentang rancangan hendak membeli KAPAL SELAM, jadi apa yang Mahathir buat semasa isu tersebut dibahas di Parlimen. DIA TIDUR AGAKNYA  
Ini adalah fakta-fakta tentang siapa yang terlibat didalam pembelian kapal selam Scorpene
👉1) Yang mencadangkan pembelian kapal selam ialah
a) Mokhzani Mahathir dan 
b) Ibrahim M…

APA SEBENARNYA TUN MAHATHIR MAHU?

TS Zeti dan Tun Daim telah mengakui ekonomi negara kekal kukuh dan rezab simpanan negara mempunyai rm436 billion, tertinggi dalam sejarah negara!
Terbaru Tun Mahathir telah membuat kenyataan yang mana 1MDB ...penubuhan siasatan diRaja ( RCI ) tidak perlu kerana tiada bukti kukuh untuk disabitkan kesalahan pada Najib.
Kini semuanya sudah nyata dan jelas..100% sebelum ini isu2 tersebut telah di politikkan kerana ada sesuatu yang tersembunyi hanya Najib dan Mahathir sahaja yang mengetahui.
Dulu Mahathir kata Najib dan kerajaan BN perlu ditumbangkan untuk menyelamatkan negara dari MUFLIS  dan juga tak mahu aset2 negara dijual ke negara luar. 
Malah dengan konsisten mengatakan Najib penyamun dan pencuri harta rakyat serta mengayakan keluarga mereka.
Hanya 5 hari sahaja Mahathir dapat kuasa..segalanya sudah terjawab hanya dengan kenyataan Zeti dan Daim sahaja.
Adakah Mahathir jujur dengan perjuangan agama bangsa dan negara?
Dalam sejarah satu permainan politik yang amat kotor...fitnah, pembohongan…