Rabu, 18 April 2018

Teluk Intan Saksi Dasar Lompat Kawasan DAP



1. Tindakan DAP meletakkan Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming sebagai calon mewakili gabungan pembangkang PKR di Parlimen Teluk Intan membuktikan parti itu mengamalkan dasar 'kelentong dan lari'.

2. Bukan sahaja Kor Ming meninggalkan Taiping setelah hanya dua penggal menang di kerusi itu, bahkan DAP sendiri mencalonkan 10 individu berbeza di Parlimen Teluk Intan sejak Pilihan Raya Umum Ketujuh (PRU-7) pada 1986 dan sehingga yang akan datang termasuk dua pilihan raya kecil.

3. Bekas Pengarah Strategik Hal Ehwal Orang Melayu-Islam DAP, Mohamad Razali Abdul Rahman ketika diminta mengulas perkara itu berkata, ia jelas menunjukkan DAP selayaknya digelar sebagai sebuah parti 'kelentong dan lari' berdasarkan sejarah mereka yang konsisten mengamalkan dasar lompat kawasan.

4. Tradisi turun-temurun berkenaan telah dipelopori oleh Penasihatnya, Lim Kit Siang dan ia terpaksa dilakukan kerana risau kecundang sekiranya bertanding di kawasan yang sama akibat tidak memberikan perkhidmatan yang baik kepada rakyat.

5. Tambah beliau, wakil rakyat DAP sebaliknya hanya tahu mencari isu untuk menghasut rakyat agar sentimen kebencian terhadap kerajaan sedia ada dapat dipupuk.

_"DAP ini saya dapat rumuskan melalui satu formula iaitu 'kelentong dan lari' di mana calon-calon tidak akan kekal pada satu tempat. Budaya mereka bertanding adalah secara nomad iaitu berpindah-randah kerana berasa risau takut kalah kerana tidak berbakti dengan baik di kawasan yang dimenanginya dahulu."_