Isnin, 16 April 2018

Siapa sebenarnya yang tak jujur, cakap tak serupa bikin?


Sebelum ini punyalah Azmin Ali kritik BN kononnya beri dedak kepada pengundi, tapi alih-alih dia pula yang beri dedak. Alkisahnya, Azmin pada minggu lalu mengagihkan sumbangan wang tunai dan gajet bernilai RM2.24 juta kepada pengundi di Parlimen Gombak dan DUN Bukit Antarabangsa, kawasan yang dimenanginya pada PRU13 lalu.  

Tapi Azmin lagi teruk. Dia beri dedak selepas DUN Selangor dibubarkan. Kononnya ia sebahagian daripada tanggungjawabnya sebagai menteri besar sementara. Tapi lebih 'jijik', dia siap meminta rakyat di kawasan berkenaan agar tidak lupa memberi undi kepadanya. Apa kes?

Jadi, sumbangan berkenaan nak dilabelkan sebagai apa kalau bukan dedak? Satu saja yang jelas di sini. Pembangkang sebenarnya yang tidak jujur dan cakap tak serupa bikin!

#TolakPakatanPRU14

Tiada ulasan:

Catat Ulasan