Jumaat, 13 April 2018

Taktik ‘Recycle’ Burukkan SPR!



Makin nak PRU, makin menjadi-jadi fitnah pembangkang. Ada sahaja cerita yang tak masuk akal mengenai SPR. Ada yang mengatakan senarai pengundi sudah diubah sehingga empat juta tidak ada alamat yang penuh. Macam biasalah main tuduh tanpa tetapi tiada bukti.

BERSIH yang tak berapa nak bersih tu pun nak buat cerita kononnya nama pengundi hilang secara tiba-tiba daripada senarai daftar pemilih. Nampak sangat geng-geng Pakatan ni sengaja nak buat-baut cerita nak timbulkan kemarahan rakyat terhadap BN.

Sebenarnya, Pakatan memang dah tahu mereka tak boleh menang. Sebab itu Pakatan cuba wujudkan persepsi dengan memfitnah SPR. Taktik lapuk ini bukan baharu. Tetapi dikitar semula setiap kali pilihan raya diadakan. 

#PakatanProDAP
#TolakPakatanPRU14