Ahad, 17 Jun 2018

KENYATAAN MEDIA MENTERI PERTANIAN BAHAWA HARGA SAYUR DAN DAGING TURUN 30-50% SELEPAS GST TURUN 0%



PEMANTAU Malaysia Baru amat terkejut dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh YB Salahuddin Ayub, Menteri Pertanian Malaysia yang baru dengan mengatakan bahawa sejak GST turun kepada 0% dari 6%, 1 Jun, 2018 yang lalu.

Sebagai seorang sahabat lama yang mengenali Salahuddin sebagai seorang yang mempunyai budi pekerti yang tinggi, saya agak sedikit kecewa apabila Salahuddin bagaikan sudah dijangkiti virus terpaksa menipu yang selama ini dialami oleh Tun Mahathir dan Lim Guan Eng.  

Kalau pun mahu mempertahankan kerajaan barunya itu, berhati-hatilah dalam mengeluarkan kenyataan terutamanya bila berkaitan dengan angka dan fakta.

Untuk makluman Salahuddin, indeks harga pengguna akan keluar selepas penghujung bulan setiap bulan.  

Ini bermakna, indeks harga pengguna untuk bulan Jun dimana GST telah diturunkan kepada 0% masih belum dikeluarkan.  

Tambahan pula ia akan mengambil masa untuk Jabatan Perangkaan Malaysia mengumpulkan data dari seluruh negara bagi memastikan harga purata dan penengah yang benar-benar tepat dan betul dikeluarkan.  

Sehingga kini, kakitangan DOSM sentiasa mempunyai integriti yang tinggi dan mengeluarkan hasil bancian dan dapatan mereka secara professional dan jujur.

Apa yang ingin saya tanya kepada YB Menteri Pertanian ialah ...

(1) Semalam baru 15hb dan hanya 15 hari telah berlalu semenjak GST disifarkan. 

Soalan nya ... Bagaimana dan berdasarkan pada data apa YB peroleh maklumat yang harga sayur dan daging turun 30-50% kerana GST sifar?

(2) Barangan makanan basah seperti ayam, daging pejal, itik, kambing, sayur dan sebagainya,  semuanya memang sudah 0% GST sejak permulaan implimentasi GST oleh kerajaan BN. 

Persoalannya, bagaimana mungkin harga turun sehingga 50% jika barangan tersebut tiada perubahan GST? 

Ini jelas menunjukkan propaganda harga barang turun yang rancak dicanangkan oleh media kerajaan adalah satu cerita rekaan untuk menunjukkan kerajaan hari ini berjaya menurunkan kos sara hidup rakyat.

Pemantau Malaysia Baru mencabar YB Salahuddin untuk mengemukakan secara telus senarai barangan yang telah turun sebanyak 30-50% berbanding harga indeks pengguna untuk bulan Mei lepas.  

Nyatakan senarai-senarai kedai dimana YB telah mengambil sampling tersebut. 

Saya yakin rakyat seluruh Malaysia tidak sabar untuk menyerbu kedai-kedai tersebut sepertimana mereka menyerbu Program Jualan Ikan Segar Murah yang sering dianjurkan UMNO dulu.  

Namun, tinjauan yang dibuat oleh nitezen di pasar-pasar awam sekitar Kuala Pilah, Putrajaya dan Serdang mendapati, bukan sahaja tidak wujud penurunan 30-50% yang dinyatakan oleh Salahuddin, malah ada yang lebih mahal dari biasa.

Jika benar adanya sedikit penurunan harga sayur atau daging, ianya disebabkan oleh kawalan harga barang musim perayaan yang dilaksanakan oleh KPDNKK dan bukannya kerana turunnya GST kepada 0%. 

Adalah tidak masuk akal bagi peniaga-peniaga yang menerima barangan daripada orang tengah dengan harga yang sudah tinggi boleh memberikan diskaun sehingga 50% sepertimana yang diungkapkan oleh Salahuddin.  

Beliau harus sedar bahawa sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh beliau selepas menjadi Menteri adalah berbeza dengan apa yang beliau katakan sebagai parti pembangkang dulu.  

Beliau perlu berhati-hati dan memastikan fakta beliau benar-benar betul.

Sungguhpun begitu, ada benarnya kenyataan yang dikeluarkan oleh Salahuddin sebelum ini iaitu kenaikan harga barang di negara ini berpunca dari sabotaj pihak peniaga.  

Namun, bukankah ini apa yang dibangkitkan oleh pemimpin BN dahulu? 

Adakah YB kini mengakui bahawa kenaikan harga barang berdasarkan penawaran dan permintaan serta peranan orang tengah?  

Jika YB mula mengakui kebenaran kata-kata Pemimpin BN dulu, suka saya tegaskan bahawa memang dahulu terdapat sesetengah peniaga-peniaga pro DAP yang mensabotaj Kerajaan BN dengan mengambil keuntungan berlebihan serta meletakkan beban kesalahan terhadap kerajaan yang melaksanakan GST.  

Namun, adakah mereka turut mensabotaj kerajaan yang mereka sokong kini?

Ayat yang sepatutnya digunakan oleh YB adalah terdapat peniaga-peniaga tertentu, terutamanya orang tengah, yang mempunyai sikap tamak haloba dan mengambil kesempatan mengaut keuntungan berlebihan, selain dari harga barang yang memang ditentukan oleh penawaran dan permintaan.  

Jika YB bersetuju dengan ayat saya ini, maka sewajarnyalah YB berjumpa dengan Bekas Menteri KPDNKK UMNO seperti Dato Sri Ismail Sabri dan Dato Sri Hamzah Zainuddin bagi mendapatkan khidmat nasihat mereka yang pakar dalam jihad memerangi orang tengah.  

Saya yakin atas nama persaudaraan seIslam dan rakyat didahulukan, mereka pasti bersedia untuk membantu bagi mengurangkan kos sara hidup rakyat serta memerangi peniaga-peniaga tidak bertanggungjawab yang sebahagian besarnya pro DAP.

#PemantauMalaysiaBaru (y)