Jumaat, 15 Mac 2019

Lim Kit Siang Dah Senyap

Aspirasi Rakyat

11 Mac jam 7:56 PG · 
Facebook for Android · 

Lim Kit Siang sekarang ini sudah senyap dan tidak bersuara lagi semenjak pendedahan rasuah yang melibatkan anak beliau itu yang lebih besar dari isu 1MDB

Patutlah Kit Siang yang terkenal dengan mulutnya yang besar itu semenjak kebelakangan ini diam tanpa berkata apa-apa. Kerana dia tahu yang anaknya sendiri terlibat dalam skandal yang paling besar dan ini boleh menyebabkan kejatuhan DAP dan Pakatan Harapan.

Dalam kenyataan Zarul Ahmad Mohd Zulkifli kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Januari 2018, dia mendedahkan bahawa 40% daripada pembangunan projek itu dipegang olehnya dan 60% dipegang oleh Ewe Swee Kheng dari Ewein Berhad. Tanah ini juga mempunyai nilai pembangunan kasar sebanyak RM15 billion dan dalam beberapa tahun akan datang apabila selesainya perojek itu, tanah ini nilainya berpotensi sebanyak RM50 billion.

Sekarang semua orang tahu bahawa Swee Kheng adalah proksi kepada Guan Eng. Ianya bukan satu rahsia lagi. Dari 60% kepunyaan Swee Kheng itu, berapa banyak kepunyaan Guan Eng? Swee Kheng memberitahu kepada SPRM bahawa sebanyak 10% adalah kepunyaan Guan Eng dari 60% yang dimilikinya. Jadi, Guan Eng bukan sahaja dibayar sebanyak 10% dari jumlah kos pembinaan terowong yang bernilai RM6.3 billion itu, malah dia juga mendapat 10% lagi dari jumlah keseluruhan projek itu.

Yang lebih menarik lagi, mengikut pengakuan Zarul Ahmad, RM22 juta dari RM305 juta untuk kajian kebolehlaksanaan itu sebenarnya digunakan untuk menyogok SPRM bagi menutupkan kes rasuah ini. Patutlah kajian itu menelan kos yang sangat tinggi. Rupanya, jumlah itu termasuk juga dengan RM22 juta untuk menyogok SPRM menutup kes siasatan rasuah.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah membelanjakan sebanyak RM305 juta untuk mengkaji kebolehlaksanaan Terowong Bawah Laut Pulau Pinang. Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya Negeri Lim Hock Seng berkata (LIHAT DI BAWAH) kajian kebolehlaksanaan ini dibayar menerusi hasil dari penukaran tanah.

10% daripada 60% share Swee Kheng adalah kepunyaan Guan Eng dan yang baki 40% adalah share Zarul Ahmad

Tanah yang digunakan untuk 'penukaran' dengan Terowong Bawah Laut Pulau Pinang itu mempunyai nilai pembangunan kasar sebanyak RM15 billion. Apabila projek terowong itu selesai dan tanah itu telah dibangunkan sepenuhnya, nilainya boleh mencecah sekurang-kurangnya RM50 billion.
RM50 billion itulah jumlah yang Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan lepaskan untuk projek terowong bawah laut yang nilainya hanyalah sebanyak RM6.3 billion. Dan skandal ini adalah lebih besar dari 1MDB.
Mengapa Lim Guan Eng membuat bising ke atas 1MDB sedangkan skandal Terowong Bawah Laut Pulau Pinang itu lagi besar? Dan mengapa Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak marah kepada menteri kewangannya macam mana dia dahulu marah terhadap Najib Razak ?

Jika Najib kleptokrat, seperti apa yang Lim Kit Siang kata, yang anaknya sendiri adalah Bapa Kleptokrat. Kit Siang ni tak malu ke? yang anak dia ini perompak terbesar di Malaysia.

https://www.malaysia-today.net/2019/03/09/dari-fail-sprm-siri-9-guan-eng-kantoi-dia-adalah-shareholder-projek-terowong-bawah-tanah-pulau-pinang/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan