MIC akan memastikan sejuta pengundi India dapat mengundi pada pilihan raya umum ke-13 nanti, kata Datuk Seri Samy Vellu.
MIC akan berusaha mendaftar 100,000 lagi pengundi, yang merupakan sebahagian daripada 500,000 ahli MIC yang dikenal pasti belum lagi mendaftar dengan SPR, sebelum akhir Oktober ini.
MIC juga akan memastikan seramai 60,000 lagi pengundi India yang layak mendaftar didaftarkan dengan SPR sebelum November tahun ini, katanya.
Tahun ini MIC hanya dapat mendaftar 1,109 pengundi baru dalam tempoh 6 bulan pertama . Ia jelas menunjukkan bahawa wujud kelemahan dalam kepimpinan di peringkat cawangan (MIC) dan peringkat tertinggi lain.
Katanya, MIC kini mempunyai seramai 213 orang Penolong Pendaftar SPR yang terdiri daripada sembilan orang ketua bahagian; 87 ketua cawangan; 17 dari pergerakan Wanita; 12 dari pergerakan Pemuda dan lain-lain seramai 88 orang.