Ahad, 25 Julai 2010

APA SALAHNYA MUFTI PERAK YANG MENGAJAK UMAT ISLAM BERSATU

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria tidak kisah dihina dengan pelbagai gelaran mengaibkan sperti disiarkan beberapa laman blog demi menunaikan amanahnya mengajak umat Islam bersatu.

“Saya tidak kisah walaupun ada beberapa laman blog yang menghina saya menggunakan kata-kata kesat seperti ‘haramsani’ dan ‘haram jadah’.

“Terpulang kepada mereka untuk menilai sedangkan sudah termaktub dalam al-Quran bahawa mencaci, memaki dan menghina orang lain adalah berdosa. Kembalilah kepada ajaran Islam yang sebenar," katanya.

Harussani berkata, tindakan yang dilakukan adalah berdasarkan tanggungjawabnya sebagai mufti yang diamanahkan untuk menjaga akhlak dan akidah umat Islam dan menyifatkan tentangan yang dihadapinya umpama letupan bom yang dahsyat.

Menurutnya, pemimpin kini lebih mementingkan keutamaan parti tanpa mengamalkan suruhan agama yang menekankan konsep bersatu-padu sesama umat. 

“Saranan yang diberikan untuk mengajak kedua-dua belah pihak mengadakan pertemuan bukannya untuk menyuruh mereka bersatu dari segi politik, sebaliknya untuk menyahut tuntutan agama yang mewajibkan umatnya agar sentiasa bersatu-padu," katanya.

Nik Aziz selalu berkata "agama dan politik tidak boleh dipisahkan",  akan tetapi bila Mufti Perak mula bersuara, PAS menempelak bahawa mufti jangan campur tangan dalam urusan politik..

MB Dr Azizan Razak (MB Serba Tak Tau) juga cakap yang sama , sebelum ini pun PAS berkata "agama dan politik mesti seiring"  tapi kenapa bila Harussani campurtangan sikit dah nak marah?

Itu pun beliau cuma berusaha untuk menyatupadukan umat Islam..apakah rasionalnya PAS bersikap berdolah dalih dalam isu ini?