Ahad, 25 Julai 2010

PAKATAN RAKYAT WAJAR MENYIAPKAN HOSPITAL SHAH ALAM YANG TERBENGKALAI

Hospital Shah Alam yang berharga RM 482 juta sepatutnya siap pada  Ogos 2010, tetapi telah terbengkalai kerana pelbagai masalah teknikal.

YB Khalid Samad sebagai MP Shah Alam cukup risau kerana projek tersebut belum terlaksana sepenuhnya. Beliau juga telah  memberi pelbagai pendapat dan cadangan kepada kerajaan BN untuk menyambung kerja tersebut.

Hakikatnya, Selangor sudah menjadi milik kerajaan Pakatan Rakyat dan sepatutnya menjadikan hospital terbengkalai itu sebagai milik mereka kerana ia adalah sebahagian daripada harta rampasan perang. Buat lah apa yang patut tanpa berharapkan kerajaan BN.

Kerajaan BN sememangnya penipu rakyat , perasuah dan kronisme yang tak boleh pakai. Oleh itu elok lah Kakakahalid Samad tidak merayu atau memohon Dato Shaziman Abu Mansor (Menteri JKR) untuk campur tangan.  Gunakan duit royalti pasir, arak dan sebagainya  untuk menyiapkan hospital tersebut.

TM mencadangkan hospital tersebut dinamakan sebagai Hospital Anwar Ibrahim dan diuruskan 100 peratus oleh Kumpulan Semesta Sdn Bhd. Apa macam, setuju?


 Pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak digesa segera mengambil alih projek pembinaan Hospital Shah Alam, kata Khalid Samad.

Gesaan itu ekoran pergaduhan dalaman Sunshine Fleet Sdn. Bhd. selaku kontraktor utama dengan sub-kontraktor GMH Healthcare yang akhirnya melumpuhkan keseluruhan kerja-kerja pembinaan projek mega bernilai RM482 juta itu.

"Sila siapkan segera, tiada bajet tambahan, tiada tender semula dan tiada pemberian tender secara rundingan langsung," tegas beliau yang juga Ahli Parlimen Shah Alam pagi tadi khusus pada Kementerian Kerja Raya (KKR) dan Jabatan Kerja Raya.

Menurut beliau, kemahiran pengurusan dan prasarana pembinaan yang ada pada pentadbiran Najib sebenarnya mampu menyelesaikan projek mega tersebut tanpa tender semula.

Baginya, amalan tender semula sebenarnya tidak menyelesaikan masalah utama, iaitu menyiapkan prasarana kesihatan tersebut yang menjadi keperluan rakyat di Parlimen Shah Alam.

"Sebelum ini, Sunshine Fleet tender 100 peratus kepada Isyoda (sub kontraktor) secara rundingan langsung, gagal pembinaan, ditender semula lagi pada GMH Healtcare ini," ujar beliau di Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Shah Alam, Pusat Perdagangan Antarabangsa Shah Alam (WWBC), di sini.

Dalam perkembangan yang sama, beliau turut mendesak Datuk Shaziman Abu Mansor meletakkan jawatan sebagai Menteri Kerja Raya sekiranya beliau tidak mampu menyelesaikan projek mega tersebut tanpa peruntukan bajet tambah yang sebenarnya datang dari perbendaharaan wang rakyat.

"Kalau tak tahu bagaimana nak selesaikan projek-projek ini, lebih baik letak jawatan," tegas beliau.
Dalam perkembangan berkaitan, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Phua pada 23 Jun lalu mendedahkan bahawa Sunshine mendapat RM31 juta untung bersih hasil rundingan langsung dengan Isyoda atas projek mega di bawah JKR itu.

Bercakap di Dewan Rakyat, Isyoda turut diminta membayar komisyen sebanyak RM46 juta secara persendirian kepada Pengerusi Eksekutif Sunshine, Putri Arafiah Sultan Abdul Aziz Shah.

Difahamkan, GMH Healcare kemudiannya diminta membayar pendahuluan sebanyak RM10 juta pula kepada JKR dalam proses pembidaan semula tender tersebut secara tertutup.

Khalid pada kenyataan yang sama berkata, beberapa proses tender semula itu akhirnya merugikan RM77 juta wang rakyat.

Katanya, projek tersebut sepatutnya siap pada Ogos tahun ini.