Ramai yang telah bercakap mengenai tarikh PRU 13, MCA pula telah menyatakan bahawa mereka belum bersedia untuk menghadapinya. PAS dan sekutunya sudah bersiap siaga 200 peratus.
MIC juga nampaknya belum bersedia kerana masih gagal mencapai angka 1 juta pengundi India. Akan tetapi kedua-dua alasan yang diberikan oleh 2 komponen BN ini memerlukan roh baru untuk menarik semula sokongan kaum mereka.
Kembalinya Chua Soi Lek memegang jawatan No 1 seolah satu perancangan untuk melingkupkan MCA. Keengganan Presiden Mic untuk melepaskan jawatannya juga menjadikan sasaran 1 juta pengundi India gagal dicapai. Gerakan dan PPP masih belum siap kerja mereka, bila nak siap pun tak pasti.
Kalau ikutkan tempoh masak kerusi DUN dan MP ialah 2012, tetapi DS Najib bila-bila masa boleh membubarkan kerajaan untuk mendapat mandat baru rakyat untuk menentukan kerajaan baru. Najib nampaknya sudah bersedia.
Tun Abdullah Badawi sebelum ini pun sudah melakukannya. 5 bulan selepas mengambil alih kuasa daripada Tun Mahathir, beliau mengadakan PRU 11 dan BN menang besar dalam sejarah PRU negara.
Situasi agak berbeza dengan Najib kerana beliau mengambil alih selepas PAU UMNO tahun 2009 dan setahun selepas PRU 12 yang diadakan pada 8 Mac 2008 yang dilabelkan sebagai tsunami politik bagi BN.
Jadi bilakah tarikh yang sesuai?
TM meramalkan ia akan diadakan tahun 2011 sebaik sahaja PAU UMNO selesai. Najib akam mempunyai barisan calon yang baru untuk pilihanraya tersebut. Sudah tentu la kita tidak akan melihat lagi wajah-wajah kontroversi dalam BN di parlimen dan dewan negeri.
Hari ini Najib menerima tugas dan tanggung jawab yang cukup berat sebagai Perdana Menteri. Berat dalam mengetuai kabinet bukan pilihannya, memulihkam semangat UMNO dan BN yang hilang. Memulihkan semula ekonomi yang jatuh berikutan merudumnya ekonomi Amerika, namun dengan semangat Tun Razak, Najib begitu gigih untuk memulihkan kembali kepercayaan rakyat dan juga pelabur luar dan dalam tempoh setahun negara kembali pulih dari kegawatan ekonomi.
Perak juga sangat beruntung kerana mendapat DS Dr Zamry sebagai MB pilihan Najib. Perak membangun dengan pelbagai agenda dan program. Semoga Perak terus maju dengan agenda Perak Aman Jaya yang selari dengan gagasan 1 Malaysia.