Sabtu, 14 Ogos 2010

ANGAN-ANGAN PAS FREE OF CHARGE

Satu petang sebelum Ramadhan Tm duduk-duduk pekena kopi dengan seorang ahli parti Pas yang cukup fanatik, tetapi jenis buta IT.

Orangnya biasa saja tak adalah mercedes walaupun siri W123/124. Rumah pun biasa teres bawah 50 ribu ringgit. Dulu kerja buruh-buruh saja tetapi kini bergelar kontraktor guna lesen kawan-kawan kelas F katanya. Banyak dah buat projek kerajaan kategori sebut harga atau projek terus.

Ceritanya mudah, Pas semakin kuat di Perak dan akan rampas balik daripada Umno dalam PRU akan datang. Pas juga bersiap untuk merampas Putrajaya dan melantik Nik Aziz sebagai Perdana Menteri Malaysia dan Hadi Awang akan menjadi TPM.

"Pas juga akan melantik Ketua Polis Negara daripada cerdik pandai Pas, begitu juga dengan Panglima Angkatan Tentera, udara, darat dan laut semua daripada orang Pas.  Begitu juga Ketua-Ketua Pengarah semua jabatan kerajaan akan dirombak semua."

"Hanya yang menyokong Pas akan kekal, mana yang tak sokong kita ganti dengan orang kita( Pas)." hebat sungguh strategi Pas.

Tambahnya lagi "Dap dan Pkr kena ikut Pas, sebab Pas kuat. Pas hanya guna Dap dan Pkr untuk menjatuhkan BN sahaja, lepas tu mereka kena ikut apa kata Pas lah. tak boleh lawan sebab orang Melayu Pas ramai. "

Seterusnya kawan kita ni bercerita tentang isi-isi ceramah Pas dan Anwar Al-Jub yang ramai orang. Penuh jalan, sesak dengan kereta. Ceramah pun sedap, depa balun habis pemimpin Umno, semua cerita depa buka.. rasuah, kumpul harta berjuta-juta sampai di luar negara pun ada. PM jaga kroni dan  kaum keluarga. Nazir Razak kaya-raya, Syed Mokhtar taukey gula, penaik harga sampai rakyat susah, tanah di Johor semua di sapu habis.

PKFZ pun Mahathir terlibat tapi depa tak tangkap. Anak Mahathir pun semua kaya-kaya, jadi toukey Marina Bay, merata-rata ada, semua tulis nama Marina.. Nuuu....Taib Mahmood tu..2o tahun rompak duit rakyat.  Ketua Menteri Sabah Musa Aman pun sama bawa pelari duit berjuta-juta simpan di luar negara.  Khir Toyo buat rumah macam Istana. 25 juta , duit rakyat dia sapu.

Tengok Dato Malek masa jadi wakil rakyat Kamunting, sapa dok bela dia? Cina Super Motor la yang kenyang, semua projek dia sapu... habis tanah kerajaan di Taiping dapat kat dia. ( heran juga sebab Super Motor yang menonjol, nama-nama lain seperti Dato Ong tak sebut,Toh Teck Hock tak sebut YSL tak sebut) naya jadi supermotor.

Lama-lama dia cemuih dan tukar tajuk lain....

Heran juga kan...Kalau Pas nak lantik semua orang  Pas jadi ketua polis , ketua tentera, semua ketua-ketua  jabatan mesti orang Pas ini bermakna Pas ingin menguasai semua sektor politik dan jentera kerajaan.

Hari ini Pas dengan mudah menuduh kerajaan menggunakan jentera kerajaan supaya menyokong Umno. Tadi awal-awal lagi Pas dah sebut mereka akan mengusai semua jentera kerajaan.....tu macam mana pulak?

Seterusnya isu PM ialah Nik Aziz. Ini bukan perkara baru, dari dulu lagi Pas mencanangkan bahawa Nik Aziz adalah bakal Perdana Menteri Malaysia jika Pas memerintah. Nampak sangat Pas tak reti politik.

Dari dulu lagi Nik Aziz tak pernah bertanding sebagai Ahli Parlimen, macam mana nak jadi PM. Nik Aziz mana berani jadi calon MP sebab dia takut untuk masuk parlimen, takut berhujah takut kena balun oleh MP BN. Cuma Nik Aziz syok sendiri bila di sebut dia bakal PM.

Lagi pun sejak dulu lagi calon Pas kalau menang semua kerusi pun tak cukup untuk bentuk kerajaan. Sama lah kisahnya di Perak, Selangor Penang, Negeri Sembilan, Melaka dan sebagainya, Pas tak boleh tubuh kerajaan negeri.

Di Perak Pas bertanding tak sampai 25 kerusi dan 2008 saja Pas menang 6 kerusi. tu pun bukan main seronok..Pada hal ia undi Cina yang belot dari Mca dan Gerakan.

Pulau Pinang  berapa kerusi yang Pas bertanding, menang pun satu kerusi sahaja, Sedih tengok politik Pas. ...Sekarang Husam Musa buat tabung TIRAM pula...target  20 juta ringgit untuk merampas Putrajaya atau nak beli rumah baru, kereta baru  dan bini baru?