Sabtu, 14 Ogos 2010
APA NAK JADI DENGAN KAUM INDIA MALAYSIA
2010/08/11
GEORGETOWN: Seorang pelajar tingkatan satu ditemui mati dengan kesan kelar pada bahagian leher di rumahnya di Relau di sini tengah ini.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Risikan dan Operasi Negeri, Supt Mat Nasir Hussein, berkata mayat R Surendren ditemui oleh bapanya, K Ramesh yang baru pulang selepas menjemput seorang lagi anaknya dari sekolah kira-kira 1.30 tengah hari.
"Ramesh terkejut apabila melihat tubuh anaknya terbaring dengan berlumuran darah dalam bilik tidur dan beliau terus menghubungi polis," katanya kepada pemberita di sini.
Mat Nasir berkata, hasil siasatan awal percaya Surendren mati akibat dikelar oleh orang yang dikenalinya dan ia dipercayai dilakukan antara jam 7 pagi dan 10 pagi.
Beliau berkata, semasa kejadian, Surendren yang bersekolah sesi petang berada seorang diri dalam rumah kerana ibu dan bapanya keluar bekerja manakala kakak sulungnya yang berusia 16 tahun ke sekolah.
"Siasatan juga mendapati tiada kesan berlakunya rompakan dan mangsa dipercayai membuka pintu rumah sebelum bergelut dengan suspek. Surendren dipercayai bergelut dengan suspek berdasarkan keadaan bilik yang berselerak.
"Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat dan polis masih menyiasat motif pembunuhan.
"Siasatan lanjut akan dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh dan sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati," katanya. - BERNAMA