RENTUNG...asrama Pusat Pengajian Tahfiz al-Quran Hayatul Uloom yang hangus terbakar.
Dalam kejadian 2 pagi itu, lot banglo dua tingkat itu yang menempatkan 20 pelajar, hangus menyebabkan Abdul Rahman yang terperangkap dalam bilik itu rentung, hampir 80 peratus asrama tahfiz itu sudah terbakar.
Pengasas rumah tahfiz terbabit, Dr Shahrir Hussin berkata dia menyerahkan kepada polis dan bomba untuk mentafsir kerugian serta punca kejadian.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, hari ini menyampaikan sumbangan sebanyak RM30,000 kepada Pusat Pengajian Tahfiz al-Quran Hayatul Uloom, Hulu Langat, yang terbakar dan mengorbankan seorang pelajarnya pada 25 Julai 2010 lalu.
Sumbangan itu disampaikan oleh Setiausaha Politik beliau, Datuk Jailani Ngah, di pusat pengajian berkenaan di Jalan Felcra Off Jalan Batu 14, Hulu Langat di sini petang ini.
Kerajaan Negeri Selangor menyalurkan peruntukan sebanyak RM100,000 kepada Pusat Pengajian Hayatul Uloom bagi pembinaan semula asrama pusat pengajian yang musnah dalam kebakaran dan meragut nyawa seorang penuntut pada 25 Julai 2010 yang lalu.
Sumbangan tersebut telah disampaikan sendiri oleh Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor, Dr Halimah Ali kepada Encik Sharil Hussin atau dikenali sebagai Dr. Zubir merangkap Pengetua Pusat Pengajian Hayatul Uloom pada 30 Julai lalu.
Hari ini Najib sekali memberi sumbangan bernilan RM 180 ribu lagi kepada Dr Shahrir Hussin di satu majlis ringkas di pejabatnya di Putrajaya. Ia menjadikan jumlah RM 210 ribu yang diterima daripada DS Najib.