Jumaat, 13 Ogos 2010

SISTEM PERUNDANGAN YANG ADIL

Cuba kita lihat kes ini , penjenayah telah di tangkap, disiasat, ada kes dan ada bukti (prima facie) terhadapnya tertuduh. Semalam mahkamah memerintahkan tertuduh membela diri. bukan terus kena hukum. Begitulah sistem perundangan negara kita yang dibuat ,digubalkan dan diluluskan oleh ahli-ahli atau wakil rakyat kita di dewan rakyat.

Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini memerintahkan pemandu teksi Mohd Fazli Azri Jamil membela diri berhubung pertuduhan membunuh Syafiah Humaira Sahari, tiga tahun, anak teman wanitanya, di sebuah padang bola sepak di Batang Kali pada Februari lalu.
Peliknya kenapakah kes liwat yang melibatkan seorang wakil rakyat (penggubal undang-undang) sendiri menghadapi banyak masalah . banyk songehnya. minta gugur lah, minta tangguh lah, bermacam-macam alasan yang direka untuk memlepaskan diri daripada tuduhan.

Prima facie dah ada, dah boleh dijatuhkan hukuman, cuma demi keadilan, tertuduh diminta untuk membela diri, bukan untuk menggugurkan kes dan melengah-lengahkan kes. Kemudian tertuduh mengkritik sistem perundangan yang tidak adil.

Peliknya bila kes-kes yang menguntungkan dirinya , dia pandai pula nak saman orang lain. Dunia-dunia , bila nak selesai kes?