PUTRAJAYA 28 Okt. - Sejumlah 100,000 tempat disediakan menerusi Pusat Pengambilan Setempat untuk pelajar mengikuti program peringkat Sijil, Sijil Lanjutan, Diploma dan Diploma Lanjutan di Institusi Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TEVT) serta Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) mulai tahun depan.
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pusat tersebut diwujudkan bagi menyelaras pengambilan pelajar untuk mengikuti program latihan kemahiran di kedua-dua institusi berkenaan.
"Pusat setempat ini akan diuruskan oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi mulai tahun 2011," katanya dalam ucapan pada majlis pelancaran pusat itu di sini hari ini.
Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Umar Abdul Rashid.
Mohamed Khaled berkata, seramai lebih 100,000 lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) memasuki pasaran pekerjaan setiap tahun tanpa memiliki latihan kemahiran.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.