Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengambil keputusan turut bertanding pada pilihan raya kecil kawasan Parlimen Batu Sapi berikutan Parti Maju Sabah (SAPP) dikatakan enggan berkompromi untuk bertanding di bawah payung Pakatan Rakyat.
Pengarah Pilihan Raya PKR bagi Batu Sapi, Fuziah Salleh, berkata PKR mahu berkompromi dengan SAPP, namun parti tempatan Sabah itu tidak mahu bekerjasama yang akhirnya memaksa PKR turut bertanding.
"SAPP cuma parti peringkat negeri dan tidak akan mampu membawa isu-isu nasional, negeri dan tempatan yang membabitkan rakyat Sabah ke Parlimen secara berkesan," kata Fuziah dalam sidang akhbar di sini.
Fuziah mengulas mengenai siapa sebenarnya "pengacau" dalam pertandingan tiga penjuru di Batu Sapi yang membabitkan Barisan Nasional (BN), PKR dan SAPP.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.